Sudahkah anda bersedia untuk malam pertama??

Category: By KhALiF MuJaHiD

" Wahai anak Adam, apa yang telah engkau persiapkan saat malam pertamamu nanti di alam kubur? Tidakkah engkau tahu, bahawa ia adalah malam yang sangat mengerikan. Malam yang kerananya para ulama' serta orang-orang yang soleh menangis dan orang-orang bijak mengeluh. Apa tidaknya, kala itu kita sedang berada di dua persimpangan dan di dunia yang amat berbeza."

"Suatu hari pasti engkau akan tinggalkan tempat tidurmu (di dunia), dan ketenangan pun menghilang darimu. Bila engkau berada di kuburmu pada malam pertama, demi Allah, fikirkanlah untung nasibmu dan apa yang akan terjadi padamu di sana?"

Hari ini kita berada di dunia yang penuh keriangan dengan anak-anak, keluarga dan sahabat handai, dunia yang diterangi dengan lampu-lampu yang pelbagai warna dan sinaran, dunia yang dihidangkan dengan pelbagai makanan yang lazat-lazat serta minuman yang pelbagai, tetapi pada keesokannya kita berada di malam pertama di dalam dunia yang kelam gelap-gelita.

Lilin-lilin yang menerangi dunia adalah amalan-amalan yang kita lakukan, dunia sempit yang dikelilingi tanah dan bantalnya juga tanah. Pada saat kita mula membuka mata di malam pertama kita di alam kubur, segala-galanya amat menyedihkan, tempik raung memenuhi ruang yang sempit tapi apakan daya semuanya telah berakhir. Itukah yang kita mahukan? Pastinya tidak bukan?

Oleh itu beramallah dan ingatlah sentiasa betapa kita semua akan menempuhi MALAM PERTAMA DI ALAM KUBUR!

Ingatlah ayat al-Quran bagi mereka yang mahu dikembalikan ke dunia setelah mati:

"Ya Tuhanku, kembalikanlah aku semula (ke dunia), agar aku dapat berbuat amal soleh terhadap apa yang telah kutinggalkan (dahulu)." (Surah Al-Mu'minun, ayat 99-100)

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kematian dan sakaratul maut yang bakal menjemputmu?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis atas kuburan dan kengerian yang ada di dalamnya?
Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut akan hausnya di hari penyesalan?

Wahai saudaraku, tidakkah engkau menangis kerana takut kepada api Neraka di Hari Kiamat nanti?

Sesungguhnya kematian pasti menghancurkan kenikmatan para penikmatnya. Oleh itu, carilah (kenikmatan) hidup yang tidak ada kematian di dalamnya.

"Ya Allah, tolonglah kami ketika sakaratul maut!"
 

A Story of a Boy and a Cat ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD
Tiada siapa boleyh menafikan betapa cutenye mereka berdue neyh,hee.. ;)







 

Lagu hari ini.. ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD
Chantek
Altimet feat Adeep Fabulous Cats

hey wanita
gembira dapat berjumpa
teringat kembali kali pertama kita bersua
ingat bila kita bersepatu serupa
tak lama dahulu jangan kau kata kau dah lupa
kau bersama kawan-kawan muda yang nyata
kau paling menyerlah di antara mereka
rambut hitam warna coklat anak mata
membuat aku kurang fasih bila bicara
apakata kita ambil sedikit masa
untuk mengenali sesama kita dengan lanjutnya
dan jika kau rasa apa yang ku rasa
ayuh kita ke bab ke-2 dan seterusnya

chantek..
dirimu buat ku tertarik
menghilang segala prasangka
di jiwa
ohh chantek...
sungguh aku cintakan kamu

dia..
pandai menjaga hati ayah dan ibunya
kelakuannya sama dengan orang tua ku juga
dia..
bisa cipta yg gula dari yang cuka
pandai menukar yg duka kepada suka
dia..
bijak mengatur acara dan juga masa
cekap memasak garam gula secukup rasa
dia..
pandai menjaga harta dan juga duitnya
tetap anggun tanpa mendedahkan kulitnya
dia..
setiapa pada Yang Esa satu-satunya
memenuhi tanggungjawab 5 waktunya
dia..
punya tempat dalam rancangan yg ku rangka
tak usah lengah
ayuh kita berumah tangga













chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarek..
menghilang segala prasangka
di jiwa...
oohhh chantekk..
sungguh aku cinta kamu

aku..
melihat kita bersama di hari tua
dia..
masih satu tiada empat tiga atau dua
dan walaupun kau sudah ke pudaran rupa
kau tetap cantik padaku aku tak lupa
kita bersama di anjung luangkan masa
kewangan kita merdeka mampu bersara
hasil usaha kita dari masa dahulu
cukup untuk mengisi perut anak dan cucu
hidup santai tak perlu terburu-buru
punya masa kerja ibadah dan juga ilmu
anak kita dan ayanhya semua sebulu
aku bilang kau chantek dan mereka setuju


chantek..
sechantek suria menyinar
seindah bunga yang di taman..mekar...
chantek...
dirimu buat ku tertarik..
menghilang segala prasangka di jiwa...
ohh chantek...
sungguh aku cinta kamu...
 

Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..

Category: By KhALiF MuJaHiD
Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain. Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, tak perlu jadi 'busy body'. Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur.Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.

Persepsi Diri Yang Salah

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'authoriti'. Serahkan sahaja pada pak imam, ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain diri perlu menjadi maksum seperti nabi Muhammad s.a.w. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama.

Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu

Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas. Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi, politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri. Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja. Allah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah ada sebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)

Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad-Dakwah; adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya. Menasihati bukan satu cara sahaja. Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad's(orang yang ditegur/didakwah) pun tidak tercapai akalnya hendak menerima kerana mereka sendiri jahil mengenainya.

Seorang muslim yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kretif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusia kepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan atau lukisan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan. Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong dan tidak celupar ketika menutur kata.

Allah melihat usaha kita


Pastinya, Allah tidak melihat kepada natijah kepada usaha kita. Maka, marilah nasihat-menasihati sesama kita kerana tiada kerugian dalam melaksanakan amar ma'ruf dan nahi munkar.

sumber :http://jarumemas.blogspot.com

Ya Allah,Kau sentiasalah melindungi hambaMu yang lalai ini daripada perkara2 mungkar,dan Kau kuatkanlah dan tabahkan hati hambaMu ini untuk berjuang ke jalanMu,semoga apa yang aku lakukan ini sentiasa diberkati olehMu ya Allah..
 

12 Sifat-Sifat Sahabat

Category: By KhALiF MuJaHiD
12 sifat sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti
kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan
dengannya, dia akan membalas baik
persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan
daripadanya berupa wang dan sebagainya
ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu
kebaikan kepadanya, ia akan menerima
dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kebajikan
(bantuan) daripadamu, ia akan
menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak
baik daripadamu, ia akan menutupnya
















7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan
daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana
malu hendak meminta), ia akan
menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa
dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu
(membuat sesuatu untuk menghilangkan
kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya,
nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu,
nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham,
nescaya ia lebih senang mengalah untuk
menjaga kepentingan persahabatan.

Sungguhpun begitu, kita seharusnya
individu yang perlu memiliki sifat-
sifat di atas. Semoga persahabatan dan
persaudaraan sesama kita sentiasa
berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah
Islamiah.InsyaAllah ;D

 

Surat Daripada Anak Mak Yang Tak Nakal

Category: By KhALiF MuJaHiD






Mak.....

Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni.....

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari.....
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer..

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital.... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak.....
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ...
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... s
ampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil
 

Sehari Bersama Ayam Betina (interview eksklusif)

Category: By KhALiF MuJaHiD
 

Alhamdulillah ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD





Salamz to all my frenz ;D just wanna to say that i have check my exam result for this 2nd sem of my foundation year at Uniten. and alhamdulillah that i have pass it with a successful result i think, eventhough hampir kepada dean list, hee.. this is my result ;)

Nombor Pelajar/Student ID:AA4765
No. Kad Pengenalan/I. C. No.:891026-43-5363
Nama/Name:Abdul Muizz Bin Abd Ghani
No.SubjectDescriptionSectionCreditsGrade
1.ACCF033Introductory Financial Accounting II2AM3A (Pass)
2.ACCF043Costing2AM3A (Pass)
3.ECNF013Principles of Microeconomics2M3B- (Pass)
4.ENGF103English for Academic Purposes3M3B (Pass)
5.FINF013Principles of Finance2AM3A- (Pass)
6.QMTF023Business Mathematics2M3B+ (Pass)




18


GPA:3.45
CGPA:3.08

so how was it? for me its a good accomplishment coz my last sem result is 2.7, and then aku bertekad untuk wat yang tebaik next semnye, and alhamdulillah this is my result, i have cover it for getting 3.08 from 2.7, hee.. ;D and i wanna tanx to all that have supported me from the beginning untill now! expecially to my parents, lecturers and my beloved friends, tanx all!! ;D

"Kemengan di dunia dan di akhirat hanya boleh di capai hanya jika kita bersabar dengan setiap dugaan yang menimpa kita...kesabaran yang lahir dari hati dan sentiasa istiqamah...."

 

Lagu hari ini.. ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD

Sempurna
Gita Gutawa

kau begitu sempurna
di mataku kau begitu indah
kau membuat diriku
akan selalu memujamu

di setiap langkahku
ku kan selalu memikirkan dirimu
tak bisa ku bayangkan
hidupku tanpa cintamu

* janganlah kau tinggalkan diriku
takkan mampu menghadapi semua
hanya bersamamu ku akan bisa

reff:
kau adalah darahku
kau adalah jantungku
kau adalah hidupku
lengkapi diriku
oh sayangku kau begitu
sempurna, sempurna

kau genggam tanganku
saat diriku lemah dan terjatuh
kau bisikkan kata
dan hapus semua sesalku

Layan jiwang sket,hakhakhak!! so terimalah sempurna by gita gutawa ;D
 

12 Barisan Di Akhirat

Category: By KhALiF MuJaHiD

12 barisan di akhirat

Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya:
"Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT: "Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris"
Surah an-Naba':18

Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab:
"Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...."

Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut :-

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:
"Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking.
"Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka.
"Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar.
"Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan.
"Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah.
"Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.
"Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh.
"Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta.
"Mereka adalah orang yang derhaka kepada orang tuanya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran.
"Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih..."

Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya..... Wallahua'alam.

 

Story Of Da Day ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD
Rosman (bukan nama sebenar) Diterima Bekerja Sebagai Designer Di Sebuah Syarikat Multimedia. Selepas Melaporkan Diri Pada Hari Pertama Dia Duduk Di Cubicle... Terus Mendail...

"Tolong Buatkan Saya Kopi Cepat!" Katanya Menengking.

"Maaf, Awak Salah Sambungan. Awak Tahu Dengan Siapa Awak Bercakap Ni?" Kata Suara Di Hujung Talian.

"Tidak" Jawab Rosman.

"Saya Pengarah Urusan Syarikat Ini, Awak Tahu?" Balas Suara Itu.

Rosman Terkejut. Barulah Dia Sedar Dia Tersalah Dail. Hajatnya Mahu Menghubungi Kantin.

"Encik Tahu Dengan Siapa Encik Bercakap Ni?" Tanya Rosman.

"Tak, Awak Siapa?" Balas Pengarah Urusan Itu.

"Kalau Tak Tahu Bagus..." Kata Rosman Terus Meletakkan Gagang Telefon.
 

Adam,mengertilah...

Category: By KhALiF MuJaHiD
Adam,mengertilah...
Hawa bukanlah insan yg kuat..
bukan juga insan yg bisa menahan nafsu..
tatkala diri diuji, Hawa sering tewas...
tewas dgn godaan syaitan & nafsu sendiri..

Adam,mengertilah...
sungguh, Hawa telah cuba melakukan yg terbaik..
agar diri ini tidak menjadi fitnah dunia...
telah Hawa cuba menjaga diri ini sebaik-baiknya..
Hawa sedaya upaya menjauhkan diri dari tabarruj..
perfume, make up, perhiasan...
telah Hawa elakkan sejauh-jauhnya..
namun mengapa masih Adam tertarik pd Hawa
yg serba kekurangan ini..














Adam,mengertilah...

Hawa ini berjiwa lembut...
sukar untuk Hawa menolak bila Adam meminta...
Hawa tau permintaan Adam
tak mungkin membawa Hawa ke kancah maksiat...
namun, Hawa lemah...
Hawa takut zina hati...

Adam,mengertilah...
setiap kali 'sms' diterima..
Hawa keliru...
ingin sekali Hawa membiarkan sahaja..
tapi Hawa akur tuntutan sahabat...
Hawa tewas...
Hawa reply juga...
mengenangkan Adam adalah sahabat....

Adam,mengertilah...
setiap layanan yg Hawa beri hanya sekadar membantu..
mungkin Hawa adalah antara kasih sayang Allah yg dikurniakan buat Adam..
memudahkan perjalanan hidup Adam..
jgn disalah tafsir apa yg Hawa berikan..

Adam,mengertilah...
Hawa mengharapkan Adam menjaga Hawa..
namun,bukanlah 'couple' yg Hawa pinta...
tp cukuplah sekadar tidak memandang Hawa..
cukuplah sekadar menghormati Hawa sebagai Hawa..
jgn dipinta apa yg tak mampu Hawa berikan..
kerana Hawa milik Allah sepenuhnya...

Adam,mengertilah...
 

Keluarga Bahagia!! ;)

Category: By KhALiF MuJaHiD
From Left: Me, Kirah, Zatul, Ayum, Mak, Ayah, Apiz ;D

Assalamualaikum, dalam post ini just nak briefing about my luvly family, maklumlah, kowt2 ade orang yang berminat kat adek2 aku neyh, tapi kene jumpe abang besor dye dulu la okayh, hekhekhek... ;D merekalah orang yang paling aku sayang bangat, yang memberi aku semangat, sentiasa membantu aku dalam apa jua keadaan, yang mengenali aku sejak aku kecil lagi dan merekalah insan2 yang aku percaya dan sayang sehingga ke akhir hayat!! ;) Luv u aLL!! ;)
Meh ak briefing sorang2 kay ;)











Seorang yang tegas tapi penyayang, kacak lagi bergaya, macam anaknye jgak, hekhekhek.. ;D itulah ayah yang aku kagumi, nama diberi Abd. Ghani bin Hasan, berusia wat mase neyh 47 tahun, maseh mude taw, huhu~ berasal daripada Melaka, ade keturunan baba nyonya yang jauh, but skrg melayu la, that why my face a bit like chinese, heee.. ;) kelakar orangnya, but in certain times he is strict also, but thats what dads do right ;) ap2 pn i luv u very much dad! ;D











Yang berbaju biru itu adalah Ibu yang sporting lagi cun melecun, but she is the one and only mom that i got and im proud to be her son ;D. Bahiyatul Nazarah binti Ismail nama diberi, anak bongsu daripada 6 adek bradek, so krenye maksu la, orang slalu paggl dye 'zie', macm mane dapt name glaran tu? tanye tuan empunya badan, hee.. berasal dari Perak, seorang ibu yang penyayang dan sentiasa memikirkan yang terbaik untuk anak2nya, thats my mom ;) Luv u very2 much!! ;D










She is my second sister, cun tak?? lu pikir la sdiri jawapannye, hekhek.. ;p Her name is Athiyatul Shakirah binti Abd. Ghani, dilahirkan di Klang Medical Center, sekarang neyh dye blajor di Kolej Islam Klang atau nama laennye KISAS, jangn memaen tau, ustazah tu, hehe.. ;) tahun neyh she is taking SPM, so doakan la kejayaan dye okayh ;) seorang adeq yang bijak dan tekun blajar, score sume gempak2 je,huhu~ dan boleyh tahan bisingnya jgak, nakal memang pasti, hakhakhak! but one thing is, she is my sister that i luv, hee.. ;)












Seorang lagi adeq perempuan yang boleh tahan bisingnya sehingga boleh tercalon untuk position stand off dalam pasukan ragbi sekolahnye, hakhakhak!! That is da one and only
Izzatul Syafiqah binti Abd Ghani, hehe.. ;) same gaks dilahirkan di Klang Medical Center pada 19 Julai 1994. Sekrang neyh melanjutkan pelajarannya di Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor a.k.a SEMASHUR, huu~ seorang adeq yang funky dan rock2 sket, but still ada keayuan di sebalik sifat tersebut, hehe. ;D orang kate dte macm Siti mase kecik, iye k? tu pn lu pikir la sdiri ek, hakhak.. ;p ap2 pn anda merupakan adeq yang abang sayang sesangat ;)
















Haaa.. adeq yang keempat neyh namenye Abdul Hafizz bin Abd Ghani, seorang yang kuat ketawa, dan kalo ketawa, sume orang pn glak gaks, heee.. ;D dilahirkan di hospital Klang Medical Centre gaks pada 3 Oktober 1996, sekarang neyh mengambil darjah 6 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, amek UPSR la neyh, so doakan dye jgak kayh ;) he is the first younger broder that i got and i luv him very much ;D











Hiyaakk!! wah2 pandei silat nampak, hehe.. ;D okayh sekarang kita move on to da last person in my family, adeqku yang kecil molek neyh namenye Abdul Qayyum bin Abd Ghani, dye sorang je memang spesel coz lahir tak cukup bulan and dilahirkan di Subang Jaya Medical Centre, hee.. dilahirkan pada 19 Disember 2000, so agak2 bleyh teke brape umor dye sekarang? huu~ darjah 2 di Sekolah Kebangsaan Kota Warisan, bleyh dikatakan bijak jugak la, tapi bese la, nakal tu ade gaks, kate dak kecik, hee.. but i luv him same like i luv all my family ;D

So that is da briefing about my family, dan kekuatan sesebuah keluarga itu bukanlah dari segi duit ataupun harta semata-mata, biarlah sesebuah keluarga itu miskin di mata masyarakat, tetapi kaya dari segi hubungan kasing sayang di antara mereka berbanding keluarga yang kaya tetapi tidak menjaga hubungan kasih sayang di antara mereka, akhir kalam dariku, sayangilah keluarga anda kerana mereka tiada penggantinya ;D
 

Teka-teki Imam Al-Ghazali ;)

Category: By KhALiF MuJaHiD

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '
Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang 2 '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'


' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'
Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '
Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '
Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

''sampaikanlah walau satu ayat'

 

Keunikan Pemain-Pemain Bola

Category: By KhALiF MuJaHiD
Wah2,baru aku tau rupe2nye setiap pemain bola dunia kite neyh ade keunikannya tersendiri, dari nama pun kita boleh knal sifat2 diorang, kalo tak caye tengok la, huhu~

Fakta Pemain Bolasepak Piala Dunia 2006


1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France

2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England

3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal

4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal

5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana

6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robinho - Brazil

7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro

8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo

9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina

10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal

11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy
 

Bermain dengan awan!!

Category: By KhALiF MuJaHiD
Fun with clouds

Some random fun with clouds where you can use your imagination to create different kinds of cool illusion effects.










 

Istimewanya seorang wanita

Category: By KhALiF MuJaHiD

1. Doa wanita lebih makbul daripada
lelaki kerana sifat penyayang yang lebih
kuat daripada lelaki. Ketika ditanya
kepada Rasulullah S.A.W akan hal
tersebut,jawab baginda: “Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih
baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah S.W.T dan orang yang takutkan
Allah S.W.T akan diharamkan api neraka
ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah
(barang makanan dari pasar ke rumah)lalu
diberikan kepada keluarganya, maka
pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada
anak lelaki.Maka barang siapa yang
menyukakan anak perempuan seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S



5. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik
mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. “Barang siapa
yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat
baik kepada mereka, maka mereka akan
menjadi penghalang baginya daripada api
neraka.

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

9. Apabila memanggil akan engkau dua
orang ibubapamu, maka jawablah panggilan
ibumu dahulu.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutup pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga.
Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya,
semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan
bulan, semuanya beristighfar baginya
selama mana dia taat kepada suaminya dan
direkannya (serta menjaga sembahyang dan
puasanya).

12. Aisyah r.a berkata “Aku bertanya
kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang
lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab baginda,… “Suaminya.” “Siapa pula
berhak terhadap lelaki?” Jawab
Rasulullah S.A.W….”Ibunya. “

13. Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dia kehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah
S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya (10,000
tahun).

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap
hari dengan 1,000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai
sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T
mencatatkan baginya pahala orang yang
berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada
dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

18. Apabila telah lahir (anak) lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.

19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka
Allah S.W.T memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 orang hamba dengan
ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.

Artikel cinta ini telah disumbangkan
oleh saudari Alang di Forum Tentang Cinta
 

Antara Ibu atau Pasangan?

Category: By KhALiF MuJaHiD
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..


Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu

Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu

Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu




Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok? Aku cari pasanganku
Bila sedih? Aku cari Ibu
Bila berjaya? Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal? Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ibuku

Bila nak bercuti? Aku bawa pasanganku
Bila sibuk? Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine...Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila....Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Maka sedarlah wahai anda semua, sama ada ibu anda atau pasangan anda, kedua-dua amatlah penting dan berharga buat anda. Its up to you to make it seimbang di antara kasih sayang ibu dan pasangan anda. sama-samalah kita muhasabah diri kita dan mainkan peranan penting untuk memberi kegembiraan kepada dua-dua pihak, semoga usaha kita ini akan sentiasa diberkati oleh Allah, insyaAllah ;)
 

Imaginasi di luar jangkaan

Category: By KhALiF MuJaHiD
jan von holleben - dreams of flying

Being a graphic designer has made me fall in love with all things creative, including photography.Plus photography is just damn fun and theres something really special about capturing that perfect shot.

one of my fav photographer jan von holleben.



The Jumpers


The Flying Dog



Tarzan in the jungle


Peterpan & Tinkerbell


The Diver


The Superman


The Bodybuilder


The Flying Cycle
 

The story between you & me

Category: By KhALiF MuJaHiD
Sedar tidak sedar, sudah 3 tahun saya mengenali awak. Tak pernah saya terfikir peristiwa memalukan saya terjatuh ke dalam longkang membuat hati kita bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan saya terjatuh dan terima kasih juga kerana Allah menggerakkan awak untuk mentertawakan saya. Jika tidak, hubungan kita tidak mungkin sampai sejauh ini. Siapa pernah menyangka peristiwa sekecil itu mampu mengikat hati dua insan. Walaupun saya dan awak masing-masing berjauhan, teknologi benar-benar mengikat kita.

Saya sedar, hari demi hari saya semakin menyenangi kehadiran awak dalam hidup saya. Saya bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana kita bukanlah seperti pasangan kekasih lain. Awak tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat saya sepanjang 3 tahun ini, tidak sampai 5 kali kita bersua muka. Itupun tatkala awak dan keluarga datang beraya ke rumah saya. Saya juga bersyukur ibu bapa kita saling meredhai persahabatan kita. Hari demi hari, kita semakin matang. Saya semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam sebenar. Dulu, saya fikir hubungan kita tidak salah. Ya, memang tidak salah dari pandangan mata luar. Namun jujur jauh di sudut hati saya, saya sering merindui awak biarpun tiada siapa antara kita yang pernah melafazkannya. Pernah saya angankan awak menjadi pembimbing keluarga saya kelak. MasyaAllah, begitu jauh saya lalai. Kata-kata seorang teman suatu waktu dulu benar-benar mendorong saya berfikir panjang. “Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama”.

Astaghfirullah…saya beristighfar panjang. Dengan segala kekuatan yang ada, saya katakan kepada awak. “Jangan hubungi saya lagi melainkan awak bersedia mengahwini saya”. Saya sendiri tidak pasti dengan apa yang saya lakukan. Saya sedar awak pasti kebingungan dengan kata-kata saya kerana antara kita sememangnya tiada yang istimewa. Saya juga sedar hakikatnya, awak juga punya perasaan terhadap saya biarpun awak mebisu seribu bahasa. Hubungan kita terputus begitu sahaja. Enam bulan berlalu dengan amat sukar bagi saya. Setiap hari saya berdoa semoga Allah permudahkan segala yang terbaik untuk saya, semoga Allah permudahkan jika apa yang saya lakukan benar-benar keranaNya. Ingin saya katakan, betapa sukar melupakan awak. Dalam kesibukan saya melupakan awak, tiba-tiba saya dikejutkan dengan rombongan peminangan. Andai awak dapat melihat hati saya, pastinya awak tahu betapa terkejutnya saya. Ya, awak tunaikan permintaan saya. Awak datang lagi ke rumah saya, tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Sekarang saya sudah sah menjadi permaisuri hidup awak. Sekarang saya bebas merindui awak tanpa rasa berdosa, saya bebas berbicara dengan awak tanpa rasa bersalah dan saya bebas menyayangi awak kerana awaklah pembimbing hidup saya. Terima kasih Allah ikatkan kita dengan tali perkahwinan biarpun pada usia muda remaja.

Terima kasih Allah menghadirkan awak sekali lagi dalam hidup saya.

 

Day at Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur a.k.a PBAKL ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD

Yahoo!! cuti deyh!! and now im going to Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur at PWTC. So pada tanggal 10/4/08 merupakan tarikh keramat untukku dan kawan2 pergi ke pesta buku, aku bersama kasyfi serta 3 orang agi muslimah uniten turut serta dalam ekspedisi ke pesta buku, huhu~ Alhamdulillah pesta bukunye tampak meriah skali, tapi disebabkan kitorang pergi hari khamis, so tak crowded sangat la, and then sonang nk cari buku, hekhek.. ;D Kami di sana dari seawal pagi hinggalah ke petang, so many books that i have bought, bese la, orang yang nak giler bace buku, hekhek.. by da way aku jumpe ramei jgak novelist2 tanah air yang best2 such as Faisal Tehrani, A. Samad Said, and also pakar motivasi Dr Asmadi, anda kenal mereka semua?? lu pikir la sdiri ek, hekhek.. ;p Bawah neyh ada sedikit sebanyak gambor2 knangan sewaktu aku di sana, enjoy!! ;D


Kasyfi tekun mencari buku


Bersama Doktor Asmadi!!


Bersama Faisal Tehrani ;)


Pacek Lebah yang sentiasa tersenyum ;D


Moez feat A. Samad Said ;D


A. Samad Said in da PBAKL!!


Kak Biha cari buku ape tu??


Kak Sara & Kak Nash


Kemeriahan dirasa ;D



Ini adalah antara senarai buku yang i have bought at PBAKL, nak pinjam bleyh, sewa 5 inggit sehari,hakhak!! (kidding ;p)

  1. Advencer Si Peniup Ney by Faisal Tehrani
  2. 1515 by Faisal Tehrani
  3. 1511H[Kombat] by Faisal Tehrani
  4. Mengorak Langkah
  5. Jangan Bersedih (La Tahzan)
  6. Relevankah Aku Di Hatimu by Rnysa
  7. Dalam Mihrab Cinta by Habiburrahman El-Shahrazy
  8. Salju Sakinah by Zaid Akhtar
  9. Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri by A. Samad Said
  10. Detektif Indigo by Faisal Tehrani