Ilmu Pelita Kehidupan
Salamz Alaik!!
Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu sudah pasti akan ditempuhi oleh sebahagian besar daripada kita umat manusia terutama sekali bagi golongan muda remaja. Ia memang amat molek bagi golongan belia yang seawal usia untuk menuntut ilmu kerana pada waktu mudalah masa yang paling sesuai untuk mereka semua menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Ini kerana sewaktu kita muda otak kita masih lagi 'fresh' dan tidak lagi banyak terdedah kepada perkara-perkara maksiat ataupun gejala negatif. Oleh itu jikalau kita mahu menuntut ilmu janganlah sesekali kita mendekatkan diri kepada perkara-perkara maksiat kerana itu bukan sehaja boleh melemahkan minda tetapi ia merupakan penyakit kepada hati kita.
Tetapi sepatutnya bukan sahaja untuk golongan muda sahaja menuntut ilmu ini. Menuntut ilmu ini sebenarnya tidak mengenal usia. So jangan ingat cinta sahaja tidak mengenal usia, tapi menuntut ilmu juga adalah yang sama. Tidak kira yang muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, besar ataupun kecil janganlah malu untuk menuntut ilmu kerana kita memang dilahirkan untuk menjadi pendakwah di muka bumi ini.
Dalam artikel ini insyaAllah ana ingin menyenaraikan tugas-tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu,salah satu artikel seorang hamba Allah yang ana petik daripada laman web kegemaran ana, www.iluvislam.com untuk kita sama-sama renungkan dan berfikir sejenak sama ada terlaksanakah tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu ataupun tidak?
Tugas setiap penuntut ilmu secara umum dapat digariskan sebagai empat tugas iaitu:
Dalam menuntut ilmu juga perlu terselit akhlak-akhlak yang mulia supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak menggunakan ilmu yang kita pelajari ke arah jalan yang salah, di antara akhlak sebagai penuntut ilmu ialah:-
1) Merasakan tanggungjawab ilmu
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah diperbuat dengannya.' - Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sahih
2) Menjaga amanah ilmiah.
Sabda Rasulullah SAW : 'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.' - Riwayat Attabarani-.Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut:-
i)Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
ii)Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.
3) Tawadduk.
Para ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: "...Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja." (Surah al-Isra':85)
4)Mulia diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri dan tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya. Firman Allah SWT: "Kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui." (Al-Munafikun:8) , "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya." (Fathiir:10)
5)Beramal dengan apa yang dipelajari.
Firman Allah SWT : "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?" (Al-Baqarah:44)
6)Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu.
Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit,amatlah buruk tukaran yang mereka terima." (Ali-Imran:187)
Oleh itu kita sebagai seorang penuntut ilmu janganlah sesekali berputus asa dan menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada jihad ke jalan Allah jika kita melakukannya dengan ikhlas dan niat kerana Allah, insyaAllah. Jadi semoga artikel ini dapat membuka minda kita semua agar dapat menjadi seorang penuntut ilmu yang ingin berjuang ke jalan Allah. salamz alaik ;)
Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu sudah pasti akan ditempuhi oleh sebahagian besar daripada kita umat manusia terutama sekali bagi golongan muda remaja. Ia memang amat molek bagi golongan belia yang seawal usia untuk menuntut ilmu kerana pada waktu mudalah masa yang paling sesuai untuk mereka semua menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Ini kerana sewaktu kita muda otak kita masih lagi 'fresh' dan tidak lagi banyak terdedah kepada perkara-perkara maksiat ataupun gejala negatif. Oleh itu jikalau kita mahu menuntut ilmu janganlah sesekali kita mendekatkan diri kepada perkara-perkara maksiat kerana itu bukan sehaja boleh melemahkan minda tetapi ia merupakan penyakit kepada hati kita.
Tetapi sepatutnya bukan sahaja untuk golongan muda sahaja menuntut ilmu ini. Menuntut ilmu ini sebenarnya tidak mengenal usia. So jangan ingat cinta sahaja tidak mengenal usia, tapi menuntut ilmu juga adalah yang sama. Tidak kira yang muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, besar ataupun kecil janganlah malu untuk menuntut ilmu kerana kita memang dilahirkan untuk menjadi pendakwah di muka bumi ini.
Dalam artikel ini insyaAllah ana ingin menyenaraikan tugas-tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu,salah satu artikel seorang hamba Allah yang ana petik daripada laman web kegemaran ana, www.iluvislam.com untuk kita sama-sama renungkan dan berfikir sejenak sama ada terlaksanakah tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu ataupun tidak?
Tugas setiap penuntut ilmu secara umum dapat digariskan sebagai empat tugas iaitu:
Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelar sebagai orang alim atau dengan tujuan untuk mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW : 'Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.' -Riwayat oleh Abd. Razak.Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanfaatkannya. Berterusan dalam menuntut ilmu.
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak dihalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu. Firman Allah SWT. "Katakanlah (wahai Muhammad) tambahkan aku ilmu" (Surah Toha :114)
Sabar dalam menuntut ilmu.
Seorang penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersifat fizikal mahupun rohani. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.
Memuliakan guru.
Sabda Rasulullah SAW : 'Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim.' -Riwayat Abu Daud. Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut akan mendapat keredhaan Allah SWT.Dalam menuntut ilmu juga perlu terselit akhlak-akhlak yang mulia supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak menggunakan ilmu yang kita pelajari ke arah jalan yang salah, di antara akhlak sebagai penuntut ilmu ialah:-