M.E.L.A.Y.U

Category: By KhALiF MuJaHiD
Salamz Alaik!!

Tajuk yang simple tapi bagi aku amat menarik untuk dibincangkan, mengenai kaum yang mempelopori negara aku yang tercinta, iaitu kaum Melayu.. ngee~ ;) Jadi bila kita mengatakan mengenai kaum Melayu, apa yang anda semua tafsirkan di benak pemikiran para sahabat sekalian? Baiklah, maybe aku ingin berkongsi sedikit tentang beberapa kekurangan yang ada dalam kaum kita ini, based on what i have seen and what i have experience. Bukanlah maksud aku untuk membuka pekung di dada, tetapi mari kita sama-sama membuka minda dan mengambil pengajaran di atas kekurangan kita yang bernama kaun Melayu. So this is what can i explain about our race ;)


"Janji Melayu"
Biasanya janji melayu kita kaitkan dengan apa?? Masa.. dan apa aku dapat definisikan tentang janji melayu adalah "tidak menepati masa". Betul tak?? Fikir2kanlah sendiri ok ;) Selalu kita mendengar ungkapan ini tak kira dari mana-mana ataupun sesiapa, "alah, biasa la tu aku datang lambat, janji melayu" Inikah yang diterapkan dalam kaum kita? Aku tau semua ini because aku pun kaum Melayu dan aku menulis ini untuk kita sedar betapa pentingnya masa. Firma Allah dalam surah al-Asr "Demi masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali yang berpesan-pesan pada kebenaran, serta berpesan-pesan kepada kesabaran"

"Tiada Keyakinan Diri"
Ini lagi satu yang orang Melayu kurang, iaitu tiada keyakin diri. Maksud aku bukanlah semua ok, siapa yang makan cili pastu terasa kehangatannya kan. Cuba tengok contoh jika cikgu suruh angkat tangan untuk jawab soalan, confirm takde yang angkat walaupun soalannya senang, sebab apa? Keyakinan diri tu kurang. With confidence, nothing is impossible.


"Muka Depan Akhbar"

Ok, apa yang aku maksudkan dengan muka depan akhbar?? Cube anda tengok la mana-mana akhbar harian Melayu, konfirm muka orang Melayu juga yang keluar, tapi bukan yang positif2 tetapi yang negatif2, gaduh sana-sini, kes rogol, kes mencuri, kes meragut, mat rempit, geng-geng entah apa-apa, semua siapa yang mempelopori? Fikir-fikirkanlah sendiri ok.

"Berusaha Untuk Menjatuhkan Orang Lain"
Sifat suka untuk menjatuhkan orang lain atau nama glamournya sifat hasad dengki sudah menjadi adat orang Melayu. Boleh tak aku cakap macam tu? Memang la semua orang mempunyai hasad dengki, tetapi bagi kaum Melayu ini sudah menjadi terlalu ketara, senang kata tak boleh tengok orang lain senang, ada sahaja nak diboikotnya, dibulinya. Pernah dengar ini tak? Bila seseorang yang baik memegang jawatan di atas, konfirm dia tak lama disebakan orang hasad dengki dan berusaha untuk menjatuhkannya, tetapi jika orang jahat yang memgang jawatan di atas, kalau boleh selama-lamanya dia nak pegang jawatan itu dan berusaha apa pun untuk mengekalkan jawatan mereka.

Hurmm.. Jadi setujukah dengan apa yang aku nyatakan tentang kaum Melayu ini? Buka dada tanya iman ok. Setiap orang mempunyai pendapat masing-masing dalam perkara ini. Jadi aku buat semua ini untuk menasihati diri aku juga. Apa-apa pun bersyukurlah dengan apa yang Allah berikan kepada kita dan berusaha untuk menjadi khalifah yang berjaya di muka bumi ini, insyaAllah.. salamz alaik.. ;)
 

1 comment so far.

  1. Anonymous July 21, 2008 at 2:16 PM
    setuju2..lagi bahagian yg nk menjatuhkan kaum sendiri tu.pantang tgk org lain sng sikit.. tambah g 1 la,tabiat mengumpat!

    p/s: bumiputr sbh&srwk kira melayu gak ke?hhahah

Something to say?