Setahun Di Uniten
Setahun Di Uniten,
Pada mulanya aku merasakan Muadzam ini
merupakan satu tempat yang..
membosankan,
menyedihkan,
menyeramkan,
sekali kakiku melangkah ke bumi Muadzam,
membuatkan aku berfikir seribu kali,
Adakah aku membuat pilihan yang tepat?
Betulkah Muadzam ini sesuai bagiku?
banyak perkara yang bermain di mindaku,
tetapi aku tabahkan diri untuk mengharunginya,
hanya doa dan tawakal sahaja membuat diriku tabah
Setahun Di Uniten,
pelbagai perkara yang aku pelajari,
suka dan duka,
kejayaan dan kegagalan,
cinta dan persahabatan,
semua itu mendidik aku erti hidup,
dari semasa ke semasa,
menjadikan aku seorang yang lebih matang,
seorang yang berdikari,
untuk menempuhi liku-liku hidup,
sebagai seorang manusia dan juga sebagai hamba Allah
Setahun Di Uniten,
Alhamdulillah syukur kepada Ilahi,
kerana telah menempatkan daku di Muadzam,
mungkin jika aku berganjak ke tempat lain,
pasti aku tidak menjadi seperti begini,
seorang insan yang mempunyai cita-cita tinggi,
untuk menegakkan agama,bangsa dan juga negara,
seorang insan yang begitu memahami apa itu erti hidup,
walaupun ku tahu aku hanyalah insan biasa,
yang masih mencari ilmu di mana berada,
akan kutabahkan hati,jiwa dan raga,
untuk menempuhi,
Setahun Lagi Di Uniten...
Terima Kasih Uniten!!
garapan puisi ini aku karangkan khas sempena aku berjaya menetap di uniten ini selama setahun,semoga tahun-tahun yang akan datang dapat memberikan pengalaman dan kenangan yang indah untukku meneruskan perjuangan hidup sebagai khalifah di muka bumi ini,salamz alaik.. ;)