Showing posts with label tarbiah dan muhasabah diri ;). Show all posts
Showing posts with label tarbiah dan muhasabah diri ;). Show all posts

Antara Bodoh & Tidak Tahu

Category: By KhALiF MuJaHiD
Bodoh adalah seseorang yang apabila diberi peluang dan panduan, tetapi dia tidak mahu mengikutinya.
.
Tidak tahu bermaksud dia tidak tahu wujudnya sesuatu perkara itu lalu dia tidak dapat bertindak mengunakan sesuatu yang dia tidak tahu.
.
Kita semua tidak bodoh pada asalnya, cuma kita tidak tahu.
.
.
Ada orang kata diri dia tidak baik sangat, diri dia tidak pandai sangat, maka dia menunjukkan kebodohan dan kekasaran dia.
.
Ada pula orang yang suka mendiamkan diri, tidak mahu berbuat apa-apa, tidak mahu memberi sumbangan biar satu patah perkataan pun kepada orang-orang di persekitarannya kerana dia kata tidak mahu dikatakan tunjuk pandai dan sebagainya.
.
Orang seperti ini adalah seperti seorang yang memiliki sekeping syiling emas, tetapi dia tidak tahu bagaimana dengan sekeping syiling emas itu, dia dapat berkongsi dengan orang di sekitarnya.
.
Dia tidak akan kehilangan syiling emas itu, jika dia tahu menggandakannya.
.
Tahukah anda, jika kita ada ilmu atau perkataan baik untuk dikongsi, maka itulah peluang untuk diri anda menggandakan sesuatu. Kita panggil sebagai, modal insan.
.
Kebanyakan manusia tidak segan silu untuk berkongsi sesuatu yang tidak baik, bercakap dalam perkataan yang sia-sia, tetapi bila tiba bab untuk bercakap sesuatu yang berguna, mereka menolak. Sesetengah orang menganggap dengan cara demikian mereka telah menjadi diri mereka yang sebenar.
.
Mereka silap. Mereka menafikan siapa diri mereka sebenarnya.
.
Adakah mereka jahat dan diciptakan jahat, oleh itu mereka tidak boleh bercakap sesuatu yang baik. Adakah mereka kurang ajar maka mereka tidak boleh bercakap sesuatu yang baik. Adakah mereka suka memaniskan mulut supaya disukai orang maka mereka tidak boleh menegur sesuatu yang tidak baik?
.
Diri manusia yang sebenarnya tidak jahat, tidak kurang ajar, tidak hipokrit. Semua manusia asalnya adalah baik. Cuma manusia yang membentuk dan rasa dirinya jahat.
.
Mereka lupa fitrah manusia, suka kepada kesempurnaan. Mereka lupa bahawa manusia bila-bila masa boleh berubah atau terbuka hatinya untuk berbuat kebaikan.
.
Lalu kerana takut dianggap tunjuk pandai, berlagak, poyo, bercakap besar dan sebagainya maka mereka holding back. Sedangkan pada masa yang sama mereka tidak segan silu berkasar bahasa dengan orang lain.
.
Sebab mereka lupa asal usul mereka. Mereka jadi sebegitu. Mereka seolah-olah menganggap mereka berasal dari sesuatu yang jahat. Lalu mereka tidak segan silu berkasar bahasa atau memaniskan mulut. Mereka menyembunyikan kebenaran. Tetapi mereka tidak segan silu mengaibkan orang lain.
.
Jadilah diri kita yang sebenar, iaitu manusia yang sepanjang masa berusaha menjadi lebih baik.
.
Bagi manusia yang berusia 24 tahun ke atas, anda mungkin bernasib baik. Tetapi generasi hari ini yang berusia 23 tahun ke bawah, berhati-hatilah kerana anda akan kecewa dengan generasi muda ketika anda berusia 50 tahun dan ke atas. Semakin tua, semakin kecewa...
.
sekiranya kita tidak berusaha untuk mengubah diri kita. Jika hari ini kita sudah kurang ajar dengan guru dan orang yang lebih tua, maka ingatlah... pada masa akan datang kita akan lebih kecewa lagi. Mungkin ada antara kita belum sedar, masih manja, masih degil, masih memberontak, masih ego...
.
tetapi penyesalan itu akan berlaku pada kemudian hari.
.
Dulu saya juga tidak faham kenapa guru-guru sekolah selalunya dingin dan tegas. Sekarang saya semakin memahaminya .
Sebab itu tanggungjawab mereka. Kasih sayang dan rasa untuk memanjakan anak-anak murid itu mereka pendam dalam derita. Sebab jika mereka tidak buat begitu, anak murid mereka akan naik lemak, naik kepala dan... menyedihkan pada kemudian hari.
 

Petua Kehidupan

Category: By KhALiF MuJaHiD
1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah


4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.




5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.



16.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran
 

Siapa Aku Di Hadapan Tuhanku??

Category: By KhALiF MuJaHiD
SUBUHnya..
Di mana aku berada,
masih enak di dalam kelambu rindu,
sambil berpoya2 dengan waktu,
masa bagaikan menderu,
langkah tiada arah tuju,
fikiran terus bercelaru,
terlupa aku semakin di hujung waktu,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!

ZOHORnya..
Aku lebih memikirkan kelaparan,
kehausan dan rehatku,
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku,
aku bertolak ansur dengan waktu,
aku gembira membilang keuntungan,
aku terlupa betapa besar kerugian,
jika aku menggadaikan sebuah ketaatan,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!

ASARnya..
Aku lupa warna masa,
cepat berubah bagaikan ditolak2,
aku masih dengan secawan kopiku,
terlupa panas tidak di hujung kepala,
aku masih bercerita,
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!

MAGHRIBnya..
Aku melihat warna malam,
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya,
mencari sisa2 keseronokan,
tidak terasa ruang masa yang singkat,
jalan yang bertongkat2,
ruginya bertingkat2,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!

ISYAKnya..
Kerana masanya yang panjang,
aku membiarkan penat menghimpit dadaku,
aku membiarkan kelesuan menggangguku,
aku rela terlena sambil menarik selimut biru,
bercumbu2 dengan waktuku,
SIAPA AKU DI HADAPAN TUHANKU?!!

Kini, aku menjadi tertanya2,
sampai bila aku akan melambatkan sujudku??
Apabila azan berkumandang lagi,
aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi,
kerana di hujung hidup ada mati..

Bagaimana jenazah akan dibawa solat di sini??
jika ruangku dibiarkan kosong,
jika wajahku menjadi asing,
pada mentari dan juga bintang2..

"Ya ALLAH, ya Tuhanku!
Kurniakanlah aku kecintaanMU..
Dan kecintaan sesiapa yang mencintaiMU..
Dan usaha2 yang membawaku kepada kecintaanMU..
Dan jadikanlah kecintaanMU itu sebaik2 benda bagiku
 

Da Secret Of Solah

Category: By KhALiF MuJaHiD


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.......

1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur.

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.



Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A.W. bersabda : "Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...
 

Manusia, Malaikat & Syaitan

Category: By KhALiF MuJaHiD
Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu .
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini....awal lagi nie?.zzzzzzzz

Manusia - Nak makan, laparlah ??
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla..... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa..


Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh,panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat..
Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?

Manusia - Azan sudah kedengaran... .
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii..

Manusia - Eh, eh... tak boleh tengok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui !
Syaitan - Perggghh.... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh..


Manusia -Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2.... pandai2lah..

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. .
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali....rugila. ... (kalau sempatla)

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah,berpalinglah dari jalan itu .
Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu...Jomlahhh!!

Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?.
Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA,kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu...
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu....
 

Jika....

Category: , By KhALiF MuJaHiD
Jika kamu cinta, cintalah kepada Allah yang maha pencipta

Jika kamu rindu, rindulah kepada Rasulullah s.a.w

Jika kamu sayang, sayangilah kepada keluargamu yang sentiasa berada di sampingmu

J
ika kamu suka, sukalah kepada ilmu yang ditimba

Jika kamu benci, bencilah kepada syaitan yang direjam

Jika kamu takut, takutlah kepada balasan Allah terhadap dosa-dosa kamu

Jika kamu geram, geramlah kepada syurga duniawi yang sentiasa membelengguimu

Jika kamu berani, beranilah kepada kebenaran walaupun ia pahit
 

Kerana Dia Manusia Biasa

Category: By KhALiF MuJaHiD
Saya ingin tahu! Mengapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu(benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing. Saya mengambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap di rumahnya. Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya-berdua. Hiruk-pikuk persiapan akad nikah esok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal. Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetuk pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja.

Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar.

Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan. "Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih telefon bimbitnya dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD handphone dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping sampul kepada saya. Saya menerima handphone dari tangannya. Sampul putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ini?. Saya melihatnya tanpa mengerti.

Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja."

Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. "Teruknya dia ni."

Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum.

Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya. Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu........


************ ********* *******

Kepada ...... Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya Assalamu'alaikum Wr Wb. Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama_____menginginkan anda______ untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan. Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja. Oleh kerana itu Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa. Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik. Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istikharah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda. Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini. Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawapan pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin Wassalamu'alaikum Wr Wb



************ ********* *********


Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia.....?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap.

"Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justeru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku.."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu esok masih ada dan menjadi milik kita. Betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "

Ssttt....."Saya menutup mulutnya.

Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Esok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."

Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?" "Tidur.....Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya.

Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik jelita esok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiaannya.

p/s:credit to www.iluvislam.com ;)
 

Cinta Atau Suka??

Category: By KhALiF MuJaHiD

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.

Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.

Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.


Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.

Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.



Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.
 

Ayat Seribu Dinar

Category: By KhALiF MuJaHiD


Baca mulai hujung ayat 2 - wa mayyat taqillah

At-Talaq [2] ……dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya),

At-Talaq [3] Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.


Ini ayat seribu dinar namanya, ayat ini diamal oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini dari Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata berkat amal ayat ini hamba itu mendapat kemuliaan dan menjadi raja.

Ayat ini mengandungi seribu faedah jikalau di amalkan tiap-tiap kali lepas sembahyang sebanyak tiga kali, insya’Allah akan beroleh seribu faedah, barang siapa yang beramal ayat ini Allah taala akan mengadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah ta’ala akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah Ta’ala menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.

Jikalau dibaca ayat ini kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan di jampi pada air sebanyak 3 kali diberi minum, insya’Allah si pesakit akan sembuh.

Jikalau mendapat sebarang kesusahan yang amat berat, kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, oleh peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara, beramallah selalu dengan ayat ini selepas daripada sembahyang lima waktu, mudah-mudahan segala kesusahan mendapat perlindungan dari Allah Ta’ala.

Jikalau masuk berperang menentang musuh, tiada binasa oleh terbakar, jika di pukul dengan besi tiada lut dan tiada binasa dari sebarang benda yang bahaya, hendaklah beramal ayat ini dan bertawakkal kepada Allah, baca ayat ini sesudah sembahyang lima waktu, baca ketika hendak tidur tiga kali, baca ayat ini keika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


p/s: Actually tak dapat lelapkan mata neyh,pastu ada seorang sahabatku minta tolong cari maksud ayat seribu dinar,jadi alang-alang aku pun paste juga dalam blog ini beserta dengan sedikit sebanyak faedahnya,semoga kita sama-sama dapat mengamalkannya,insyaAllah ;)
 

Anda Ingin Membuat Maksiat?

Category: By KhALiF MuJaHiD
Hamba Allah: Anda ingin membuat maksiat??
Pemuda-Pemuda: Yeah kami mahu!!

Hamba Allah: Boleh aje, tapi anda semua kene patuh kepada beberapa syarat dulu sebelum mahu membuat maksiat.
Pemuda-Pemuda: Baiklah Hamba Allah, kami bersedia untuk mematuhi syarat-syaratnya, janji kami boleh membuat maksiat, hahahaha!!



Hamba Allah: Okeyh bersedialah untuk mendengarnya wahai Pemuda-Pemuda sekalian,ada tujuh syarat kesemuanya, syarat pertama ialah.. jeng jeng jeng..
Pemuda-Pemuda: Eyh ade jeng jeng pulak..

Hamba Allah: Syarat pertama ialah Janganlah engkau tinggal di bumi Allah, termasuk juga di semesta alam yang dicipta oleh Allah,huu~
Pemuda-Pemuda: Uisshh, bukan kami semua sedang tinggal di bumi Allah ke?? Kalau kami tinggalkan bumi dan alam semesta kami mahu stay kat mane?? Baiklah skip dulu, syarat kedua pulak?

Hamba Allah: Syarat kedua pula ialah Janganlah engkau menghirup udara yang disediakan Allah bagi hambaNya.huu~
Pemuda-Pemuda:Ish, kalau kami tak menghirup udara mati la kami sebab semua udara ini adalah udara Allah... syarat ketiga pula? kasi la senang-senang punya..

Hamba Allah: Senang la ni ape, syarat ketiga pula ialah Janganlah engkau memakan rezekiNya. huu~
Pemuda-Pemuda: Aish, kami mahu makan ape? semua rezeki yang diberikan adalah daripada Allah. Mati kelaparanlah kami.



Hamba Allah: So tak payah makan,ngehee~ syarat keempat pula ialah Seandainya malaikat maut hendak mencabut nyawamu,usirlah dia dan kalau boleh mintak ditangguhkan untuk anda bertaubat dulu. huu~
Pemuda-Pemuda: Macam mane nak cakap? Bukan kematian itu sudah ditentukan? Alahai nak buat maksiat juga neyh,takde syarat lain?

Hamba Allah: Sabar ade lagi 3 syarat, jangan risau.. Syarat kelima adalah Hindarilah pertanyaan dan siksa kubur. huu~
Pemuda-Pemuda: Kalau kami hindari pun tetapi tangan kaki kami still bercakap, so tak boleh cover apa yang kami buat juga. Syarat keenam pula?

Hamba Allah: Syarat keenam pun mudah juga.. Tolaklah jika diputuskan untuk menghuni neraka. huu~
Pemuda-Pemuda: Jika kami sudah diputuskan untuk masuk neraka, masakan kami nak menolaknya? Mesti kami akan disuruh juga walau apa pun,(dah resah) ermm.. syarat ketujuh? Harap ni simple-simple la.

Hamba Allah: Syarat ketujuh adalha yang paling mudah antara semua taw..
Pemuda-Pemuda: Baguslah, so ape dye?

Hamba Allah: Janganlah engkau menghuni syurga Allah dan lain-lain sebagainya. huu~
Pemuda-Pemuda: Eyh, kalau macam tu kami kene masuk neraka la? Syurga itu impian kami semua. Jangan la macam ni Hamba Allah.

Hamba Allah: Haa.. tau pown takut, so kesimpulannya janganlah membuat maksiat wahai Pemuda-Pemuda sekalian, kerana maksiat ini sah-sah membawa kamu kepada kejahilan.
Pemuda-Pemuda: Hurmm.. kami sudah insaf wahai Hamba Allah, kami berjanji tidak akan melakukan maksiat dan akan bertaubat kepada Allah... Tanx Hamba Allah ;)
 

Solatlah Sebelum Anda Disolatkan

Category: , By KhALiF MuJaHiD

Salamz Alaik!!

Seringkali kita terdengar atau terlihat ungkapan yang aku tulis kat atas tu kan. Maybe member-member kita sebut dan yang paling ketara every masjid la kita selalu nampak kata-kata itu. Solatlah sebelum anda disolatkan...

Maybe agak klise tajuk yang aku berikan ini dan apa yang dibincangkan mungkin sudah biasa anda semua baca atau dengar tapi apa yang korang faham tetang kata-kata tersebut? Dan adakah anda ambil kisah tentang kata-kata itu? Fikir-fikirkanlah la yek tuan puan,abang kakak ;) Yeps memang kita anggap solat ini adalah perkara yang mudah dan simple, tetapi yang aku tengok, pandang, dan lihat umat islam tak kisah la di mana-mana sekarang terlalu meremehkan solat ini, menganggap ia adalah sesuatu perkara yang boleh dibuat main-main sahaja. Betul tak apa yang aku cakap? Straight to the point is ramai di antara kita umat islam tidak menunaikan rukun islam yang kedua ini.

Kepada sesiapa yang terasa rasanya tak perlulah aku nak meminta maaf kerana memang patut korang terasa pun, dan kepada sesiapa yang berjaya melaksanakannya alhamdulillah, teruskan ibadah murni itu ok :) Solat itu adalah tiang kepada agama Islam, tanpa solat maka runtuhlah agama, tanpa tiang maka runtuhlah rumah. Macam itulah perumpamaannya, dan dari solat yang sempurna akan menunjukkan kita mempunyai akhlak yang sempurna. Di bawah ini aku senaraikan akibat orang yang tidak menunaikan solat pada setiap waktu-waktu solat:-

Subuh: Dijauhkan cahaya muka yang bersinar

Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya

Asar: Dijauhkan dari kesihatan & kekuatan

Maghrib: Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya

Isya': Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya



Ok, maybe ada hamba Allah mengatakan sebegini, "saya tak solat sebab mak ayah saya tak solat" baik, saya ni bukanlah pakar agama ataupun apa, tapi baik kita fikirkan tentang diri kita. Kita belajar tentang solat dan amalkan solat, sesudah kita yakin dengan ibadah kita kita boleh mengajak mak ayah kita untuk solat bersama. InsyaAllah banyak keberkatan daripada solat ini ;)

Jadi kepada rakan-rakanku semoga artikel yang pendek dan tak seberapa ini dapat memberi kita kesedaran dan muhasabah tentang diri kita yang hina ini di mata Allah swt. Exceli banyak yang nak terangkan lagi pasal solat neyh, tapi rasanya korang semua pun dah ada asas solat cume untuk dimantapkan lagi dan insyaAllah jika kita ikhlas kerana Allah, Allah akan sentiasa berada di sisi untuk membantu kita ;) Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan kaum itu mengubah diri mereka sendiri, seseorang itu tidak akan berubah melainkan orang itu berusaha untuk mengubah diri mereka sendiri. Semoga kita sama-sama muhasabah diri kita semua dan termasuk aku sendiri.

Salamz Alaik!! :)
 

Ilmu Pelita Kehidupan

Category: By KhALiF MuJaHiD
Salamz Alaik!!

Kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu sudah pasti akan ditempuhi oleh sebahagian besar daripada kita umat manusia terutama sekali bagi golongan muda remaja. Ia memang amat molek bagi golongan belia yang seawal usia untuk menuntut ilmu kerana pada waktu mudalah masa yang paling sesuai untuk mereka semua menimba sebanyak ilmu yang mungkin. Ini kerana sewaktu kita muda otak kita masih lagi 'fresh' dan tidak lagi banyak terdedah kepada perkara-perkara maksiat ataupun gejala negatif. Oleh itu jikalau kita mahu menuntut ilmu janganlah sesekali kita mendekatkan diri kepada perkara-perkara maksiat kerana itu bukan sehaja boleh melemahkan minda tetapi ia merupakan penyakit kepada hati kita.

Tetapi sepatutnya bukan sahaja untuk golongan muda sahaja menuntut ilmu ini. Menuntut ilmu ini sebenarnya tidak mengenal usia. So jangan ingat cinta sahaja tidak mengenal usia, tapi menuntut ilmu juga adalah yang sama. Tidak kira yang muda ataupun tua, kaya ataupun miskin, besar ataupun kecil janganlah malu untuk menuntut ilmu kerana kita memang dilahirkan untuk menjadi pendakwah di muka bumi ini.


Dalam artikel ini insyaAllah ana ingin menyenaraikan tugas-tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu,salah satu artikel seorang hamba Allah yang ana petik daripada laman web kegemaran ana, www.iluvislam.com untuk kita sama-sama renungkan dan berfikir sejenak sama ada terlaksanakah tugas kita sebagai seorang penuntut ilmu ataupun tidak?

Tugas setiap penuntut ilmu secara umum dapat digariskan sebagai empat tugas iaitu:

Memperbetulkan niat
Perkara pertama yang perlu diambil perhatian oleh penuntu ilmu ialah mempunyai keikhlasan niat demi untuk mencapai keredhaan Allah. Bukan untuk berbangga apabila digelar sebagai orang alim atau dengan tujuan untuk mengumpulkan harta, pangkat atau yang seumpamanya. Sabda Rasulullah SAW : 'Sesiapa yang mempelajari ilmu kerana Allah, tidak mempelajari ilmu kerana inginkan harta dunia, tidak akan dia temui kecuali Syurga hari akhirat kelak.' -Riwayat oleh Abd. Razak.Cuma perlu di ingat bahawa, jika harta, pangkat dan yang seumpamanya datang kepada seorang alim, maka tidaklah menjadi kesalahan untuk menerima dan memanfaatkannya.

Berterusan dalam menuntut ilmu.
Ilmu adalah lautan yang tidak mempunyai pantai dan tepian. Maka usaha menuntut dan menambahkan ilmu hendaklah berlaku secara berterusan, tidak dihalangi oleh peringkat-peringkat ijazah tertentu. Firman Allah SWT. "Katakanlah (wahai Muhammad) tambahkan aku ilmu" (Surah Toha :114)

Sabar dalam menuntut ilmu.
Seorang penuntut ilmu hendaklah sentiasa sabar dalam menempuh dugaan dan cabaran yang merintangi perjalanannya di dalam menuntut ilmu sama ada yang bersifat fizikal mahupun rohani. Tidak perlulah diceritakan di sini sejarah para sahabat dan ulama yang menempuh segala cabaran demi untuk menuntut ilmu.

Memuliakan guru.
Sabda Rasulullah SAW : 'Bukan dari umatku orang yang tidak memuliakan orang tua dan mengasihi anak-anak muda kami dan tidak mempelajari daripada orang-orang alim.' -Riwayat Abu Daud. Saya tidak bertujuan untuk menghuraikan hak seorang alim/guru yang perlu ditunaikan oleh muridnya di dalam artikel ini cuma dicadangkan agar kita mengambil sedikit dari masa kita untuk melihat kembali perkara ini, semoga segala ilmu yang kita tuntut akan mendapat keredhaan Allah SWT.



Dalam menuntut ilmu juga perlu terselit akhlak-akhlak yang mulia supaya kita menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak menggunakan ilmu yang kita pelajari ke arah jalan yang salah, di antara akhlak sebagai penuntut ilmu ialah:-

1) Merasakan tanggungjawab ilmu
Diriwayatkan daripada Muaz bin Jabal beliau berkata Rasulullah SAW bersabda: 'Tidak akan mara seseorang hamba di hari Akhirat melainkan telah ditanya mengenai 4 perkara: Berkenaan Umurnya ke mana yang telah dia habiskan. Berkenaan dengan Waktu mudanya apa yang telah dia lakukan. Berkenaan dengan hartanya dari mana diperolehinya dan ke mana dia belanjakan. Dan berkenaan dengan ilmu apa yang telah diperbuat dengannya.' - Riwayat oleh Attabarani dengan isnad yang sahih

2) Menjaga amanah ilmiah.
Sabda Rasulullah SAW : 'Berilah nasihat pada ilmu, Sesungguhnya khianat seseorang daripada kamu terhadap ilmu adalah lebih dahsyat daripada khianatnya terhadap hartanya, Dan sesungguhnya Allah akan bertanya kepada kamu pada hari kiamat.' - Riwayat Attabarani-.Di antara yang termasuk dalam daerah amanah ilmu adalah beberapa perkara berikut:-

i)Menasabkan atau menyandarkan pendapat dan fikrah (buah fikiran) kepada Tuannya.
ii)Menyampaikan ilmu yang diketahui, dan tidak malu untuk mengatakan"tidak tahu" jika dia tidak mengetahuinya.

3) Tawadduk.
Para ilmuan yang menyedari bahawa ilmu adalah lautan yang tidak bertepi tidak akan merasa sombong dan bangga dengan apa yang ada pada mereka. Bahkan selagi bertambah ilmu di dada, semakin bertambah sifat tawadduk. Firman Allah SWT: "...Tidak diberi kepada kamu ilmu kecuali sedikit sahaja." (Surah al-Isra':85)

4)Mulia diri (Al-Izzah)
Para ilmuan hendaklah merasa mulia diri dan tidak merendahkan diri apabila berhadapan dengan pemerintah, golongan bangsawan, golongan kaya-raya dan yang seumpamanya. Firman Allah SWT: "Kekuatan itu hanyalah kepada Allah, bagi RasulNya dan bagi orang-orang mukmin, tetapi orang-orang munafik itu tidak mengetahui." (Al-Munafikun:8) , "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu semuanya." (Fathiir:10)

5)Beramal dengan apa yang dipelajari.
Firman Allah SWT : "Mengapa kamu menyuruh orang lain (mengerjakan) kebajikan, sedangkan kamu sendiri melupakan diri (kewajiban)mu sendiri padahal kamu mambaca Al-Kitab (Taurat)? Maka tidakkah kamu berfikir?" (Al-Baqarah:44)

6)Sentiasa berusaha untuk menyampaikan ilmu.
Firman Allah SWT: "Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil janji dari orang-orang yang telah diberi kitab (iaitu):"Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia, dan janganlah kamu menyembunyikannya", lalu mereka melemparkan janji itu ke belakang punggung mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit,amatlah buruk tukaran yang mereka terima." (Ali-Imran:187)

Oleh itu kita sebagai seorang penuntut ilmu janganlah sesekali berputus asa dan menuntut ilmu juga merupakan salah satu daripada jihad ke jalan Allah jika kita melakukannya dengan ikhlas dan niat kerana Allah, insyaAllah. Jadi semoga artikel ini dapat membuka minda kita semua agar dapat menjadi seorang penuntut ilmu yang ingin berjuang ke jalan Allah. salamz alaik ;)
 

Bukan Salah Lelaki Yang Merogol

Category: By KhALiF MuJaHiD
Artikel yang saya terbitkan ini saya petik daripada rakan saya, merupakan hasil nukilan seorang hamba Allah yang mengalami pengalaman itu sendiri, mahu tahu apa pengalamannya?? silalah bace.. ;) semoga artikel ini memberi iktibar dan pengajaran kepada para pembaca sekalian,insyaAllah ;)

Akak tak tau sangat menaip komputer ni. Tapi boleh je l;ah buat hilang boring bila tak ada apa nak buat ni. Laki akak sekarang ni kat hospital, baru lepas buat operation batu karang. mungkin minggu depan keluar lah dia. Akak baru balik lawat dia dengan anak-anak tadi. anak-anak sekarang dah masuk tidor. Akak sekarang ni pakai komputer anak akak yang dah belajar di universiti. Akak nak cerita pasal satu kejadian yang akak rahsiakan dari pengetahuan sesiapa. Cuma akak dan orang yang terlibat je yang tahu pasal kejadian ni. Akak nak cerita sebab ada nilai positif yang semua perempuan patut ambil iktibar. Lagi pun kalian bukannya kenal akak.

Semuanya bermula ketika akak shopping di sebuah pasaraya bersama suami dan anak-anak. Ketika itu umur akak 40 tahun. Anak akak yang paling besar baru tingkatan 4 dan seorang lagi baru tingkatan 2. Masa tu akak belum ada anak kecil. Sepanjang masa akak keluar malam tu, akak sedar banyak mata yang perati akak. Akak jadi bangga sebab ramai lelaki yang tertarik dengan tubuh akak.

Malam tu akak cuma pakai baju t-shirt pink yang benar-benar fit dan singkat atas punggung. Maknanya punggung akak yang sendat dengan skirt bunga-bunga ni memang terpapar jelas. Skirt yang ketat yang akak pakai malam tu membuatkan bentuk punggung, peha dan perut serta tundun akak yang gebu ni jelas kelihatan. Walau pun punggung akak tak terlalu tonnggek, tetapi bentuknya yang bulat dan lebar memang benar-benar menarik perhatian lelaki. Kena pulak tu peha akak yang gebu ni. Tudung pulak macam biasa akak cuma lilitkan ke belakang. maknanya dada akak terserlah. Akak tahu saiznya tak berapa besar, tapi kalau dah sendat bajunya dah tentu menjadi perhatian.



Sedang akak shopping tu, suami akak layankan karenah anak-anak akak yang nak beli barang-barang alat tulis. Jadi akak sendirian memilih barang-barang dapur. Sedang akak leka memilih makanan dalam tin, akak ditegur oleh seorang lelaki. Akak toleh, muda lagi orangnya. Hensem.

"Pilih nenas ye kak?" tegurnya sambil tersenyum.

"Oh, ha'ah" akak membalas ringkas.

Malu juga rasanya kena tegur dengan orang muda yang hensem macam dia tu. Akak tengok dia asyik berdiri sahaja di sebelah akak, seolah sedang memerhatikan akak yang tengah tertonggeng-tonggeng memilih makanan dalam tin di rak. Bila akak toleh, dia cuma tersenyum.

"Err.. akak dah siap pilih ye, boleh saya pilih pulak?" katanya.

"Oh nak pilih juga ye.. Ok lah.." kata akak yang tersipu-sipu malu.

Ingatkan dia nak ambil kesempatan atau nak ngorat akak, rupa-rupanya dia tengah tunggu akak habis memilih barangan sebab dia juga nak pilih benda yang sama.

Lepas tu akak pergi ke bahagian lain. Tengah akak lalu di rak menjual serbuk kari dan perencah masakan, akak terpaksa melalui beberapa lelaki india atau mamak yang sedang berbual di situ dalam bahasa mereka. Akak cuba untuk lalu dan nampaknya mereka memberi laluan. Apabila akak cuba melepasi mereka, salah seorang dari mereka menghimpit akak dari belakang. Terasa tangannya menekan lurah punggung akak. Akak menoleh dan dengan muka yang masam akak lihat siapa yang melakukannya. Akak tepis tangan lelaki india itu. Dan ketika itu juga akak rasakan punggung dan pinggul akak di ramas-ramas oleh beberapa tangan lagi. Akak jadi fed-up. Akak terus menampar salah seorang dari mereka. Kemudian salah seorang dari mereka berkata.

"Ayyoo kakak. Kenapa tampar kawan saya itu macam. Apa salah dia?" kata lelaki india yang bertubuh gendut kepada akak.

"Korang dah raba aku jangan buat tak tahu pula ye?" akak memarahi mereka.

Ketika itu orang ramai sudah mula memerhatikan kami. Mata akak mencari-cari kelibat suami akak tapi nampaknya bayangnya pun tak nampak. Akak tahu, pasaraya ni besar, ruangan barangan sekolah dengan barangan dapur agak jauh juga, malah dipisahkan oleh puluhan atau ratusan rak-rak yang tinggi dan penuh itu.

"Mana ada kami raba kakak. Kakak yang sendiri lalu tengah-tengah kami. Mungkin kami tersenggul ka, terlanggar ka. Jangan bikin malu la kakak." kata seorang lagi pemuda india yang agak tinggi.

"Dahlah, malas aku nak layan korang ni. Gila." kata akak lalu terus pergi dari situ.

Tetapi rupa-rupanya salah seorang dari mereka mengambil kesempatan sekali lagi. Dia menampar punggung akak sekuat hati. Serta merta akak jadi marah sangat. Akak pun toleh untuk memarahi mereka, namun sebaik akak melihat ke belakang. Akak terdengar bunyi sesuatu.

"Bedebub. Ohhh"

Akak dapati, salah seorang lelaki india itu sudah terduduk di atas lantaidengan paket-paket kari dan rempah ratus bertabur atas lantai. Kedua-dua lelaki india yang sedang berdiri itu tercengang melihat rakan mereka terbaring kesakitan bersama tangannya menutup hidungnya. Akak lihat pemuda yang menegur akak tadi sedang berdiri merenung tajam ketiga-tiga india tersebut. Sebelah tangannya berurat mengepal penumbuk dan sebelah lagi membimbit bakul berisi sayur-sayuran dan makanan dalam tin.

"Aku nak tanya korang sikit. Pernah ke orang bangsa aku cuba cabul orang bangsa kau? Pernah ke orang bangsa aku rogol orang bangsa kau? Aku tak pernah dengarlah! Tapi kenapa dengan bangsa kau ni ha?!! bentak pemuda tadi kepada ketiga-tiga lelaki india itu.

Kemudian mereka mengangkat rakan mereka pergi bersama muka yang tak puas hati. Akak tengok lelaki tadi masih tercegat memerhatikan bangsat-bangsat tu pergi. Perlahan-lahan akak hampiri pemuda itu. Kemudian dia tersenyum memandang akak.

"Akak tak apa-apa?" tanya pemuda itu lembut.

"Akak ok, adik macam mana." tanya akak pula.

"Saya ok je kak. Akak sorang je ke shopping?" tanya dia lagi.

"Tak, dengan suami dan anak-anak. Tapi mana ntah dia orang…" balas akak.

"Ooo.. ok tak apa lah.. akak teruskan la shopping ye.." katanya sambil nak terus berlalu pergi.

Secara spontan akak tarik tangannya. Akak pun tak tahu kenapa akak bertindak sebegitu. Pemuda itu terhenti langkahnya dan terus berpaling memandang akak.

"Dik, siapa nama adik? Akak Hamidah. Panggil akak Idah je." kataku sambil menghulurkan tangan ingin bersalaman dengannya.

Dia tidak menyambut tanganku. Sebaliknya hanya tersenyum memandang akak.

"Akak boleh panggil saya Amir. Err.. ini kad saya" katanya sambil menghulurkan kad perniagaannya.

Akak capai kad nya dan akak lihat butir-butir di dalamnya. Kemudian Amir berkata.

"Kak Idah, saya minta maaf kalau apa yang saya cakapkan nanti menyinggung perasaan akak." kata amir.

"Tak apa, apa dia" jawab akak.



"Kalau boleh, akak janganlah pakai pakaian macam ni lagi. Memang betul akak menutup aurat, tak mendedahkan kulit tubuh akak, tapi akak mendedahkan bentuk tubuh akak. Terus terang saya cakap kak, saya sendiri tak tahan tengok akak masa akak tengah pilih nanas dalam tin tadi. Tapi saya tahankan kak…" kata Amir membuatkan akak tersentak.

"Tadi tu baru sikit kak, baru kena raba je. Sebab dia orang tu tak tahan tengok akak tayang bodi macam ni. Macam mana kalau dia orang rogol akak. Memang mengarut kalau dia orang rogol kat sini, tapi sape tahu kat parkingnanti ke, dia orang culik akak. Atau dia orang datang rumah akak semasaakak sendirian kat rumah. Macam mana?" hujahnya lagi..

"Kak Idah, setiap sesuatu yang Allah jadikan dan gariskan itu pasti ada sebabnya. Sama juga dengan aurat. Tak salah nak berfesyen tapi janganlah sampai menyeksa batin kaum lelaki yang memandang kak. Buruk akibatnya nanti. Minta maaf ye kak… "kata Amir sambil terus berlalu meninggalkan akak yang terdiam sambil memegang kadnya.

Akak kaku, tak dapat bersuara. Rasa macam nak menangis pun ada. Kemudian kelihatan suami dan anak-anak akak datang. Cepat-cepat akak simpan kad perniagaan Amir dalam handbag. Sepanjang perjalanan balik, akak terdiam dalam Kembara yang suami akak pandu. Akak terfikir memang betul kata-kata Amir tadi. Mulia betul hati dia.

Sejak dari hari itu, sumpah akak tak pakai lagi seksi-seksi. Kalau baju kurung tu, longgar dan selesa sahaja, tak ketat. Sama juga dengan kebaya dan skirt-skirt akak. Mana yang dah ketat tu akak bgi anak akak pakai sebab tubuh dia belum bergetah macam akak. Hingga kini, akak masih mencari Amir, akak betul-betul berhutang akhlak dan budi dengannya. Akak cuba call nombor
handphone yang tertera dalamkadnya tapi dah ditamatkan perkhidmatan, asyik voice mail je. Terima kasih amir. Memang bukan salah lelaki, salah wanita sendiri yang terlalu mendedah. Terima kasih Amir..

So,sudah dapat apa pengajarannye?? Jadi kepada semua pembaca expecially muslimah, menutup aurat bukan hanya sekadar memakai tudung sahaja, tetapi menutup seluruh badan kecuali tapak tangan dan muka.. dan insyaAllah ada hikmah di sebalik hukum Allah itu.. ;)