Tak Mahu Pergi Sekolah!!!

Category: By KhALiF MuJaHiD
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.

Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!
 

Koleksi Kata-Kata Hikmah

Category: , By KhALiF MuJaHiD
Salamz Alaik!!

waduh2.. di kala kebuhsanan di Muadzam Shah neyh tiada banyak keje yang boleyh buat, dan di kala inilah aku meluangkan masa menulis blog neyh,huu~ so di sini aku nak kongsi sikit koleksi gambar kata-kata hikmah yang insyaAllah boleh anda renung2kan, kalo nak ambil pun boleyh, so renung2kan dan selamat beramal!! insyaAllah.. ;)













 

Mencari Atau Menjadi??

Category: By KhALiF MuJaHiD
“Saya sedar saya tidaklah sehebat Fatimah, sebab itu saya perlukan suami yang soleh seperti Ali untuk membimbing saya”, kata seorang mahasiswi.

“Ana memang tidak sebagus Ali, sebab itu ana kena pilih isteri yang sempurna macam Fatimah. Ana tak mampu nak memFatimahkan seorang yang tidak Fatimah!”, tegas seorang mahasiswa.

Semua sibuk mencari. Mudahkah untuk mendapatnya?

Semua sibuk mencari. Jika jumpa, mudahkah untuk mengekalkannya?

Kita bertemu dengan pasangan hidup semasa duduk dalam suasana usrah. Alhamdulillah, imejnya berjubah dan bertudung labuh. Tetapi mampukah kita mengekalkan isteri kita pada benchmark solehah seperti itu di sepanjang alam rumah tangga? Dia mungkin akan diubah oleh suasana kerja, dia mungkin akan diubah apabila kembali ke pangkuan keluarga, dia mungkin berubah atas banyak pengaruh, atau paling utama, dia mungkin berubah kerana dia memang berubah.



Maka mampukah kebahagiaan dan kesempurnaan rumahtangga dipertahankan, jika suami meletakkan kesempurnaan itu ialah pada apa yang isteri buat dan tidak buat, jadi atau tidak jadi?

Kita mahu mencari pasangan hidup yang soleh, dan kita menemuinya di dalam suasana semua lelaki nampak sempurna. Semasa bercinta, dialah Ultraman, dialah Gaban. Tetapi siapa sangka, selepas berumahtangga, Ultraman berubah menjadi raksasa!

Jika bahagia dan sempurnanya rumahtangga ialah pada apa yang suami buat atau apa yang isteri buat, kita akan hidup dan mati dalam pencarian. Pencarian yang tidak berkesudahan.

Maka jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan sedikit agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet sangat menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh.

Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah… kerana si solehah dan si soleh adalah insan biasa.

Tetapi jika semua orang fokus kepada JADI dan bukannya CARI, maka ramailah calon, dan mudahlah sedikit kehidupan. Dan kita sendiri tidak bimbang untuk berumahtangga dengan pasangan ‘itu’ walaupun mungkin tidak 100% (30% pun belum tentu) mengenalinya.

Apa yang nak dibimbangkan, kita berkahwin sebagai sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI.
 

Jalan-Jalan di Kuantan!!

Category: By KhALiF MuJaHiD
K.A.M.I -edited by mister pawang ;D-

Assalamualaikum sahabat2 sekalian.. ;) alhamdulillah aku dengan member2 aku yang laen membuat satu trip ke Kuantan,maklumlah special sem di Uniten Muadzam merupakan satu perkara yang membosankan jgak la.. huhu~ itupun bermula cadangan maen2 dari Fiq ngan Afif,pastu last2 jadi gaks.. huhu~ Kami memulakan perjalanan dengan menaiki due kereta, kereta aku ngan kancil Afif, sesampai di sana kami pergi ke Yayasan Pahang dulu coz Fiq nak tengok die punye scholarship,alhamdulillah dapat gaks scholarship member aku sorang neyh.. walala~ ;D

After dat we pursue our journey to Megamall Kuantan!! kat sane ktorang saje jenjalan, lunch kat situ and our friend Aizad nak buat assingment dye,so kiteorang temankan ;) ktorang makan di Mcdonald,mega mac woo!! and then ad satu pertandingan cakap dalam sebelum empat saat dapt free big mac,ape lagi aku pun try la.. tengok2 dapat tiga big mac!! memerut la lepas tu.. hekhek.. and then ade la test karaoke,teman member2.. saket tekak jgak memekak,huhu~

Megamall Kuantan!!

megamac anyone??

luv u megamac.. hakhak!!

Kami menetap di megamall sampai pukul empat,and then its time to our main destination, Panching!! walala~ tetapi rupa-rupanya keinginan hendak bermandi manda di Panching tidak kesampaian, disebabkan tersilap jalan, huhu~ ap ag ktorang pn sempat maen-maen macam tu aje la sampei sane coz pkul enam orang yang keje kat ctu dah halau,huu~ disebabkan rasa tidak puas hati kami membuat keputusan untuk ke Teluk Chempedak pulak,sanggup tu.. hekhek.. ;D Alhamdulillah indah jgak teluk chempedak neyh, tapi yang aku tak puas hati tempat tu dah jadi macam lembah maksiat,ish3... kami solat maghrib di situ dan dinner di situ,lagi satu tak puas hati pasal TC neyh makanan dye mahal seyh!! aku makan nasi pataya dengan air carrot susu dye charge RM10!! tak adil2..

sempat diri atas air jer kat Panching.. huhu~

mari-mari maen air ;D

kami @ Teluk Chempedak!!

Teluk Chempedak yang indah permai.. ;D


Lapar!! Makan Pasir!!

menikmati keindahan Teluk Chempedak

Selepas itu kami beransur keluar dari TC dan merehatkan diri di perkarangan Masjid Kuantan, tenang sket duduk kat situ, cadangnye nak stay up jer kkat Kuantan, tetapi disebabkan perkara tertentu kami memutuskan untk balik ke Muadzam jgak malam tu, so after dat we make our journey back to Muadzam Shah,alhamdulillah kami tiba pada pukul 11.45 pm,begitulah satu perjalanan ke Kuantan dan salah satu aktivitiku sepanjang special sem neyh,best seyh!!! ape2 pown memang borink seyh special sem neyh!! huhu~

 

Lagu hari ini.. ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD

Our Song

Taylor Swift

I was riding shotgun with my hair undone
In the front seat of his car
He's got a one-hand feel on the steering wheel
The other on my heart



I look around, turn the radio down
He says baby is something wrong?
I say, nothing I was just thinking how we don't have a song
And he says...

CHORUS:

Our song is a slamming screen door
Sneakin' out late, tapping on your window
When we're on the phone and you talk real slow
Cause it's late and your mama don't know
Our song is the way you laugh
The first date, "man, I didn't kiss her, and I should have"
And when I got home, before I said amen
Asking God if he could play it again

I was walking up the front porch steps
After everything that day had gone all wrong
Or been trampled on and lost and thrown away
Got to the hallway, well on my way to my lovin' bed
I almost didn't notice all the roses
And the note that said...

[Chorus]

I've heard every album, listened to the radio
Waited for something to come along
That was as good as our song

Cause our song is a slamming screen door
Sneaking out late, tapping on his window
When we're on the phone and he talks real slow
Cause it's late and his mama don't know
Our song is the way he laughs
The first date "man, I didn't kiss him, and I should have"
And when I got home, before I said amen
Asking God if he could play it again
Play it again

I was riding shotgun with my hair undone
In the front seat of his car
I grabbed a pen and an old napkin
And I wrote down our song
 

Jangan, jangan dan jangan

Category: By KhALiF MuJaHiD


  • Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita.
  • Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.
  • Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
  • Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
  • Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
  • Jangan mengumpat sesama rakan taulan, Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
  • Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
  • Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
  • Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
  • Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya.Wasalam
 

4 Perkara

Category: By KhALiF MuJaHiD
EMPAT PERKARA MENGUATKAN BADAN
1.Makan daging
2.pakai haruman
3.kerap mandi
4.Pakaian kapas

EMPAT PERKARA MELEMAHKAN BADAN
1.Banyak berkelamin
2.Selalu cemas
3.Banyak minum air ketika makan
4.Makan benda masam

EMPAT PERKARA PENAJAM MATA
1.Mengadap kiblat semasa belajar
2.Bercelak sebelum tidur
3.Memandang yang hijau
4.Pakaian bersih

EMPAT PERKARA MEROSAKKAN MATA

1.Melihat najis
2.Melihat aurat
3.Melihat kemaluan
4.Membelakangkan kiblat












EMPAT PERKARA MENAJAMKAN FIKIRAN

1.Tidak banyak bual kosong
2.Rajin bersugi
3.Bercakap dengan orang soleh
4.Bergaul dengan orang ulama’

EMPAT PERKARA MENUMPULKAN FIKIRAN

1.Banyak angan-angan
2.Tonton filem
3.Tidur lewat
4.Banyak bual kosong

EMPAT PERKARA MENAMBAHKAN REZEKI

1.Membanyakkan sedekah ikhlas
2.Bangun sebelum subuh
3.Tolong bayar hutang orang
4.Jujur dan amanah

EMPAT PERKARA MENGURANGKAN REZEKI
1.Tidur lepas subuh
2.Bakhil
3.Tidak bayar hutang
4.Menipu

p/s: credit to www.iluvislam.com ;)
 

Apakah Hobi Terbaru Rakyat Malaysia??

Category: By KhALiF MuJaHiD

Sudah tentu bukan membaca
Sebab perpustakaan lengang sentiasa
Kalau adapun baca novel cinta
Atau baca Mangga dan Mastika
Bacaan ringan yang merosak minda


Habis apa dia hobi mereka?


Dulu asyik bela ayam serama
Bagus juga sayang makhluk Allah taala
Sanggup mandikan begitu punya jaga
Selain ayam ikan pun depa bela
Ikan lohan dan juga arowana
Sanggup guna duit gaji kerja lebih masa
Sekarang ni pancing udang pula
Bukan di sungai tapi kolam buatan manusia
Buat kolam di rumah kedai yang disewa
Gila sungguh tak dak kerja


Hobi terbaru ialah main SMS pula
Setahun dianggarkan 1000 juta
Dari reality show hingga umpat mengata
Keluar habis cerita Baginda Altantuya
Dari joke hingga palsu punya berita
Dari I love you hingga cerai talak tiga
Selain dari ucap besday dan Hari Raya
Judi pun pakai khidmat SMS juga
Tidak kira di mana-mana
Atas LRT dan juga tempat kerja
Untunglah syarikat telekomunikasi kita
Boleh taja EPL dan Piala Dunia
Dengan CELCOM anda berkuasa
Asalkan jangan taksub besar kepala


Yang si mat rempit lain pula
Race motor tengah malam buta
Hadiah pertama sicantik jelita
Sanggup tunjuk skil korban nyawa
Jangan sekali dok tegur mereka
Nanti pecah habis cermin kereta
Malaysia Boleh itu dia cogankata
Polis pun tak boleh buat apa
Pening dengan mat rempit punya gejala


Lain pula hobi motor golongan berada
Yang tu naik konvoi pergi merata-rata
Dari KL naik motor konvoi ke utara
Bukan apa cuma nak pi makan laksa
Atau buat konvoi sempena merdeka
Kita tanya apa tujuan mereka
Keseronokan yak yak yeh sorak gembira
Lambat lagi lah bangsa kita merdeka


Apa hobi anda?

Kumpul setem, memancing atau tonton telenovela
80% remaja jawab dengar radio dan tonton tv la
Sebab tu meningkat pendapatan Media Prima
Hot FM yang lebih hangat daripada biasa
Dengar celoteh dan merepek Farah Fauzana
Tak dak slot khas motivasi agama
Sebab yang tu orang tak berapa suka
Benda yang perlu berfikir atau guna minda
Sebab tu di pasaran otak antarabangsa
Otak orang Melayu tinggi harga
Dok berkilat dan cantik sebab jarang guna

 

i have only got five seconds

Category: By KhALiF MuJaHiD

















Interesting Korean comic strip about ‘Just being exactly on time’. That wasn’t the smartest move but the guy definitely had a great sense of satisfaction from it.

1 more pic of the complete Korean comic strip of ‘I Have Only Got 5 Seconds’ after the jump.


 

Kepada Semua Pakar-Pakar Matematik!!

Category: By KhALiF MuJaHiD
1. Apabila seorang hamba Allah mengucapkan satu zikir, maka akan tumbuh satu pohon yang besar dalam syurga di mana kuda yang paling pantas akan mengambil masa setahun untuk melintas bayang-bayang pokok tersebut,
maka berapakah diameter sebenar pokok tersebut?
Dan seandainya selepas solat kita ucapkan sebanyak 33 kali zikir, berapakah luas yang di perlukan untuk tempatkan pokok-pokok tersebut?.
2. Dalam kubur akan di lepaskan ular yang besar dan panjangnya sebulan perjalanan untuk azab manusia yang tidak bersolat,
sekiranya di ambil perjalanan manusia biasa yang sihat dan berumur dalam lingkungan 30 tahun,
berapakah panjang sebenar ular tersebut?
3. Diketahui akan betapa bisanya siksa dari serangga di akhirat yang mana sekiranya satu titik bisa tumpah ke bumi,
maka semua tumbuh-tumbuhan akan mati,
berapakah liter kadar racun yang diperlukan untuk matikan tumbuh-tumbuhan di dunia ini dan apabila di bandingkan dengan racun bisa tadi,
berapakah nisbah ketumpatan perbandingan racun tersebut?



4. Di katakan pada zaman Nabi Adam a.s,
batu dari atas neraka telah jatuh dan bertemu dasarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW,
berapakah kedalaman neraka yang sebenar?
5. Panjang titian sirat adalah 1500 tahun perjalanan,
500 tahun mendaki,
500 tahun mendatar,
dan 500 tahun menurun,
sekiranya ummat bani Israel enggan masuk syurga dengan rahmat tapi ingin masuk syurga dengan amalannya,
berapa kali lailatul qadarkah yang diperlukan untuk melintas titian sirat ini.
(Hint: satu lailatul qadar bersamaan seribu bulan.)

6. Solat berjemaah di gandakan 27 kali daripada solat di rumah, sekiranya pada tahun lompat ali bersolat berjemaah hanya pada hari jummat dan hari raya,
berapakah pahala solat berjemaah Ali...
(soalan bonus)
 

Al-Quran Sebagai Pembela Di Akhirat Kelak

Category: By KhALiF MuJaHiD

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an." Rasulullah S.A.W telah bersabda: Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya."
Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"

Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Qur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu
diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya yang muslim pula diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"

Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

subhanAllah... betapa besar dan agungnya nikmat Allah, tapi hanya sedikit yang bersyukur dengan nikmatNya.


Moral of da story: selepas ni rajen2lah membaca Al-Quran kayh,semoga kita semua diberkati oleh Allah,insyaAllah ;)

 

Loghat Utara vs Loghat Timur

Category: By KhALiF MuJaHiD
Loghat mana lebih munasabah?
Timbul persoalan, loghat daerah manakah yang lebih munasabah di antara loghat utara dengan loghat pantai timur?
Jawapannya: Loghat pantai timur (Kelate) adalah munasabah..

Bahasa Melayu standard:
"Dia pergi ke rumah jiran untuk mencari emaknya tetapi setelah sampai di situ didapati emaknya tiada."

Loghat Utara (kedah):
"Dia pi ghumah jiran nak caghi mak dia, pi pi mak dia tak dak".


Loghat Pantai Timur (kelate):
"Dio gi ghumoh jire nok caghi mek dio, gi gi mek dio tak dok."

KESIMPULAN: Tidak mungkin pipi emaknya tiada; tetapi kalau gigi maknya tidak ada memang munasabahlah! :P
 

Lawakkan??

Category: By KhALiF MuJaHiD
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk membaca ini.... kalau lebih dua minit tu bukan membaca la tu.. tapi mengeja....

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Bayangkan benda ini berlaku pada anda.....

Suatu hari pada masa Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah... tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnyer dgn pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata dan membawa mesin gun... lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"

Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri.... daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Imam tu...

Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam berkata: "Ok Pak Imam, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....



Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.... Macammana.. adakah anda rasa lawak dgn cerita di atas. selain terhibur anda fikirlahlah...

"Lawakkan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yg betul-betul beriman... "

"Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya... kedua2 lelaki hanya membawa mesin-gun.. dia tak kata pun nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah.. baru kena ugut terus lari lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi..."

"Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat.. tunjuk muka kat org kampung.. ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."

"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dalam al Quran"

"Lawakkan, berapa ramai yg percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.

"Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend atau girlfriend berejam-rejam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa.. "

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel2 yang berunsur agama.

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain... berapa orang yang akan buka email ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak????

wallahuaallam
 

Punca-Punca Hati Tidak Tenteram

Category: By KhALiF MuJaHiD
Hati yang tidak tenteram berpunca dengan adanya segumpal sifat-sifat mazmummah. Antara sifat-sifat mazmummah yang menghilangkan ketenangan di hati ialah :-


1) Cinta Dunia

Cinta kepada hal-hal duniawi merupakan 'neraka dunia' kerana dunia itu 'panas' akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah hal-hal ukhrawi (akhirat) itu sebagai pegangan teguh selamanya dan hal-hal duniawi sebagai pentas sementara. Bila mati cuma
ada amalan, doa anak yang soleh atau solehah dan harta yang disedekahkan mengiringi kita di sana.


2) Tamak

Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan. Mereka yang tidak pernah puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak. Orang yang tamak selalu rugi


3) Kedekut

Sentiasa melihat orang lain mahu menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Sentiasa mengelak dari menderma dan berdalih dengan mengatakan ia tiada duit. Allah
lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk


4) Riak

Allah tidak menyukai akan sifat riak, takabbur dengan apa yang kita ada. Mereka tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon di depan orang. Jika dia dipuji, dia akan gembira
dan bermegah serta menjadi rajin bekerja tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan
kerjanya.

Al-Quran dapat menenangkan hati yang tidak tenteram ;)


5) Pemarah

Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati senantiasa tidak tenang.


6) Ego

Senantiasa merasakan dirinya sahaja yang betul. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. Mereka tidak akan mengalah sekali-kali, jadi mereka
senantiasa akan berada dalam keadaan tidak tenang dan tenteram hatinya


7) Pendendam

Perasaan yang membuku dan mengelapkan hati terhadap seseorang oleh kerana dia pernah melukakan atau malakukan kesalahan kepadanya ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk meletuskan laharnya iaini membalas dendam kepada orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.


8) Hasad Dengki

Mereka senantiasa berasa iri hati dan berhasad dengki kerana tidak mahu melihat kebahagiaan dan kejayaan orang lain.


9) Tidak Sabar

Tidak boleh menunggu dan sentiasa mementingkan diri sendiri tanpa memperdulikan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam membuat keputusan tanpa berfikir panjang sehingga kadang
kalanya menyusahkan orang lain.


Pengajaran di sini bermujahadahlah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. Sama-samalah kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain, andai kita terleka
dengan dunia buruklahh padahnya.


Wallahualam bissawab.

 

Lagu hari ini.. ;D

Category: By KhALiF MuJaHiD



Sampai Syurga

Faizal Tahir


ku membenarkan jiwaku
tuk mencintaimu
ku persembahkan hidupku
tuk bersama kamu
dan diriku...untuk kamu
belum pernah kumerasai begitu

semua itu telah berlalu
harapan ku palsu
dan mungkin hari yang satu
terus ku tertunggu
dihatiku..masih kamu
belum pernah ku ingin terus menunggu

aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik
tuk dirimu
sampai syurga kumenunggu
sampai syurga kucintamu
hanya satu
hanya kamu

ku membiarkan hatiku
tuk merinduimu
ku menghamparkan sakitku
tuk tatapan kamu
bersamamu...harapanku
hilang dlm terang
yang membutakanku

dan segalanya yang ku ada
ku berikan semua
untuk dirimu saja
ku mahu dirimu, bahagia tuk selamanya
biar sampai syurga
aku mununggu cinta darimu
agar ku sempurna

namun aku tetap aku
yang terbaik tuk diriku
hanya satu

aku lemah tanpa kamu
kuingin mendampingiku
aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
sampai syurga kumenunggu
sampai syurga kucintamu
hanya kamu......

aku lemah tanpa kamu
ku ingin mu dampingiku
aku fahami aku bukan terbaik
tuk dirimu
sampai syurga kumenunggu
sampai syurga kucintamu
hanya kamu