Tak Mahu Pergi Sekolah!!!

Category: By KhALiF MuJaHiD
Jam sudahpun menunjukkan pukul tujuh pagi. Salam masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.

Ibu: Salam? Salam? bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.

Salam: Alah emak? Salam tidak mahu pergi ke sekolah!

Ibu: Apa, tidak mahu pergi sekolah?! Baik. Salam berikan emak dua sebab mengapa Salam tidak mahu ke sekolah.

Salam: Semua murid-murid tidak suka Salam. Guru-guru di sekolah pun tidak suka pada Salam!

Ibu: Itu bukan alasan bagi Salam untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!

Salam: Baiklah, sekarang emak pula berikan Salam dua sebab mengapa Salam mesti pergi ke sekolah.

Ibu: Eh? eh? bertuah punya anak! Salam dengar baik-baik, pertama Salam sudah berusia lima puluh tahun.Kedua Salam PENGETUA SEKOLAH!!!
 

0 comments so far.

Something to say?