Tips-Tips Kecantikan & Kesihatan Tubuh Badan

Category: By KhALiF MuJaHiD
Assalamualaikum,

sempena dengan hari pertama dalam bulan Jun ini, aku nak kasi antum ngan antunna semua tips2 kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan, insyaAllah boleh diamalkan bagi semua peringkat umur tak kira yang muda ataupun yang tua, huhu~ so, apa lagi, amalkanlah kayh!!! ;)

  • Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah sekurang-kurangnya 5 kali sehari dengan air wuduk. Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, berzikir, dan berdoa.
  • Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita menggerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan doa.
  • Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kama Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku) - (HR Ahmad) - Doa tengok cermin.
  • Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.
  • Agar tubuh langsing, mulus, dietlah dengan teratur, puasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika mampu, lakukan puasa Nabi Daud a.s. - selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air suam.
  • Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

insyaAllah jika antum dengan antunna amalakan ini, bukan sahaja akan mendapat kecantikan wajah dan kesihatan tubuh badan, malah akan diberkati oleh Allah, so kira macam 2 in 1 la, dunia dapat akhirat pun dapat, kan bagus tu ;) so renung2kan dan selamat beramal ;D
 

4 comments so far.

  1. husayn abd razak June 1, 2008 at 1:37 PM
    alhamdulillah mmber ku.. semoga kte amalkn ape yg ko pst td.. moga2 kte dpt kejayaan di dunia dn akhirat.. amin ya rabbal alamin
  2. KhALiF MuJaHiD June 1, 2008 at 3:27 PM
    insyaAllah brader ;)
  3. nur diyana June 3, 2008 at 7:51 PM
    salam~
    semoga kte semua mndpt keredhaan dr Allah...
  4. KhALiF MuJaHiD June 4, 2008 at 6:15 PM
    huhu~ bukan sekadar keredhaan Allah tapi juga kesihatan tubuh badan ;D

Something to say?