Dedicated To You Dad

Category: By KhALiF MuJaHiD
Salamz Alaik!!




Anda kenal siapa gerangan yang kene suap tuh?? haa.. dat is my lovely dad, Abdul Ghani bin Hasan bin Ahmad bin Subuh nama diberi. Haaa.. siap name moyang2 skali aku kasi, ehehehe.. ;) and why i am putting his face on this article?? cbe bace btowl2 ape tajuk kat atas. Dah bace kans? Yeps it is because today is Hari Bapa Sedunia!! So Selamat Hari Daddy saya ucapkan kepada bapaku yang tercinta ini. My wish is that u have a healthy life and sentiasa diberkati oleh Allah senantiasa, InsyaAllah.. ;)

Di sini juga i want to include the history of Father's Day:-

"The history of Father's Day goes like, in 1909 , Spokane, Washington, Sonora Smart Dodd was listening to a Mother's Day sermon. The lecture inspired her to have a special day dedicated to her father, William Jackson Smart, who had brought her up and her siblings single-handedly after their mother died. She could realize the greatness of her father and wanted to let him know how deeply she was touched by his sacrifices, courage, selflessness and love. She held the first Father's Day celebration on 19th of June 1910, on the birthday of her father. The idea soon caught on and in 1924, President Calvin Coolidge supported the idea of a national Father's Day on the petition sent to him by Dodd on the acceptance of fatherhood. In 1926, a National Father's Day Committee was formed in New York City.


However, it was thirty years later that a Joint Resolution of Congress gave recognition to Father's Day. Another 16 years passed before President Richard Nixon established the third Sunday of June as a permanent national observance day of Father's Day in 1972 in the honor of all good fathers that contribute as much to the family as a mother, in their own ways."

dipetik daripada http://festivals.iloveindia.com

So itulah sedikit sebanyak sejarah mengenai hari bapa sedunia. But for me that everyday is a Father's Day, tak perlu kita tetapkan hari yang tertentu untuk menyatakan cinta dan kasih kita kepada bapa tercinta. Kerana pengorbanan ayah kita untuk mencari nafkah untuk keluarganya memang tidak dapat dibalas kerana ia begitu banyak sekali kalau hendak dikira. Without him who are we now. Tanx dad for raising me! ;)

Di sini aku ingin mengambil kesempatan untuk menyelitkan satu kisah yang mungkin anda semua dah biasa baca ataupun tengok di kaca televisyen. tapi ini sebagai iktibar dan fikir sejenak betapa besarnya pengorbanan seorang ayah.

Pinggan Untuk Ayah
www.iLuvislam.com
oleh: Ruzaini*


Seorang lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun. Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari-jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan. Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya. Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut.




Prannnnngggggg ... !! Bertaburan kaca di lantai. Lelaki tua serba salah. Dia bangun,cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik.

Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan. Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik:"Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu. Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu.

"Oh! Ya..." bisiknya.Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum. Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisinya.

"Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah! Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan. Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan.

Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

So kepada anda semua, adakah itu yang anda mahu lakukan jika ayah anda sudah tua? Itukah balasan anda sebagai anak yang soleh atau solehah? Maybe sekarang kita katakan tidak, tapi siapa tahu, so kita ambil kisah tersebut untuk memperbaiki bukan setakat diri anda sahaja, tetapi myself also ;)




Last but not least i wanna to say again to my father that you are the best dad in the world! No one can replace you and we will always love till the very end ;)

sincere from your son,salamz alaik ;)
 

3 comments so far.

  1. husayn abd razak June 16, 2008 at 2:55 AM
    bdi baek ayah kte sukar utk kte mbalasnye balek..
  2. KhALiF MuJaHiD June 16, 2008 at 9:54 AM
    btowl2.. slamat hari bapa ;)
  3. d o m i n o June 17, 2008 at 11:35 AM
    slmt ari bapa!!!

Something to say?