My Cousin's Engagement

Category: By KhALiF MuJaHiD
Salamz alaik... ;)

Cuti Universiti sudah tiba!! dan 14 Jun 2008 merupakan tarikh yang begitu bersejarah buat abang saudara aku sorang neyh, ia merupakan hari yang menjadi impian bagi lelaki dan wanita terutama sekali yang masih bujang, iaitu hari pertunangan!! bukan nikah ekh... ;p

So, seperti yang dipaparkan tajuk di atas, pada Sabtu lepas kami saudara mara mengadakan rombongan pertunangan abang saudaraku iaitu Ahmad Tarmizi bin Ahmad Shanusi ke nun jauh di Selama, Perak Darul Ridzwan dan insyaAllah ingin merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama insan. Orangnya segak,tampan,kacak lagi bergaya, nak tahu siapa gerangan abang saudaraku itu? Gambarnya di bawah ini ;)

bergaya kans ;)

Perjalanan kami sekeluarga untuk mengikuti rombongan tersebut bermula pada awal subuh lagi, sejurus selepas menunaikan solat subuh, kami bertolak pada pukul 7 pagi. Mase nak menjemput makwa from Perhentian Jambatan Sungai Buloh, tengah sebok sembang menyembang tiba-tiba my mom said:-

"Eh terlepas la pulak nak masuk, macam mane nak u-turn neyh?"

Kami semua terlepas pandang nak masuk perhentian tu, kene u-turn balek, kesian makwa kene tunggu lame2.. sory eks Mak Wa,ehee.. ;) lepas tu kami pon buat u-turn di exit Sungai Buloh, nasib baik dekat aje, and mase dah amek Mak Wa, dia tanye:-

"awat lambat sangat??" (slang kedah)

"kitorang terlepas nak masuk, jadi kene u-turn balek, iyo le syiok sembang-sembang tengok dah terlepas" my mom said

after dat kitorang tergelak sakan, macam-macam.. ngee.. ;)

my mom,driver bertauliah ;)


gelagat-gelagat penumpang ;)

So kami meneruskan perjalanan to my uncle's house, Pak Teh, kat Ipoh sane, our 2 hours journey from 8 to 10 a.m. banyak senda gurau and keceriaan, maklumlah dah lame tak jumpe saudara-mara, uhuu.. Setibanya di rumah Pak Teh kami makan sarapan pagi, nasi lemak dengan sambal sotong special bak kate Pak Teh, hehe.. ;) da food is delicious sampei ada la tambah gaks, tanx Pak Teh for da delicious breakfast ;)

Perjalanan kami ke Selama diteruskan pada pukul 11 pagi setelah semua orang bersiap sedia, aku telah ditempatkan di dalam kereta Pak Lang dan di sepanjang perjalanan banyak perkara yang kami sembangkan dan one thing that i get is reading this one book, ape tajuknye lupe laks, tapi it is an interesting motivation book. Banyak di baca oleh orang-orang yang berjaya dan pengarangnya adalah salah seorang yang menulis buku Chicken Soup. One thing that i have learn from this book is 'You Are 100% Responsible For Yourself'. Maksudnya dalam segala apa tindakan yang anda lakukan, serta setiap perkara yang terjadi, puncanya adalah daripada anda sendiri dan jangan mudah untuk menyalahkan orang lain. Kita sendiri yang menentukan siapa diri kita, antara mahu menjadi orang yang lebih baik ataupun sebaliknya.

Kami tiba di Masjid Selama pada tepat pukul 1 petang dan di situ kami berjumpa dengan keluarga yang ingin bertunang dat is Pak Ngah's family. Kami menunaikan solat Zuhur di masjid tersebut dan selepas itu kami meneruskan perjalanan ke rumah pihak perempuyan yang tidak jauh dari masjid tersebut. Sebanyak 6 buah kereta yang mengiringi rombongan kami dan orang-orang yang terlibat dalam rombongan ini termasuklah:-

  • Mr. Haji Jamaludin Yusof (Pak Lang)
  • Mrs. Fadzillah bt. Ismail (Mak Lang)
  • Brader Aizat b. Syukri (kazen)
  • Mr. Hasbullah Helmi b. Ismail (Pak Teh)
  • Mrs. Hajjah Mazni (Mak Teh)
  • Mrs. Adilah bt. Ismail (Mak Cik)
  • Sista Ainil Nazmin Jalal (kazen)
  • Mr. Haji Ishak b. Haji Ibrahim (Pak Wa)
  • Mrs. Madakhiah bt. Ismail (Mak Wa)
  • Mr. Haji Ahmad Shanusi b. Che Mad (Pak Ngah a.k.a bapa orang yang bertunang)
  • Mrs. Hajjah Hamidah bt. Ismail (Mak Ngah a.k.a ibu orang yang bertunang)
  • Broder Ahmad Hafizal b. Ahmad Shanusi (kazen)
  • Sista Zatul Akma (tunang broder Hafizal)
  • Broder Ahmad Afiq b. Ahmad Shanusi (kazen)
  • Mrs. Bahiyatul Nazarah bt. Ismail (my mom)
  • Broder Abdul Hafizz b. Abd. Ghani (adeq)
  • Broder Abdul Qayyum b. Abd. Ghani (adeq)
  • Serta saudara mara sebelah Pak Ngah


Para Rombongan Lelaki


Para Rombongan Wanita


Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad a.k.a bapa si empunya yang bertunang ;)



Puan Hajjah Hamidah bt. Ismail (pink) a.k.a mak si empunya yang bertunang

Setibanya di rumah pihak perempuan, kami disambut meriah oleh tuan rumah dan mereka telah sediakan juadah yang begitu enak sekali untuk kami makan tengahari. Tanx tuan rumah ;) by da way nama tunang abang saudara aku neyh Nurul Hafizah,molek orangnya, sesuai dengan abang saudara aku ni,bak kata pepatah bagai pinang dibelah dua,ngee.. Setelah semua habis mengisi perut masing-masing maka bermulalah sesi yang paling ditunggu-tunggu iaitu pertunangan, serta perbincangan untuk menetapkan tarikh pernikahan, banyak yang dibincangkan dan terselit juga senda gurau, maklumlah, orang-orang senior kalau dah start sembang tak ingat dunia,ngee.. ;)

Akhirnya setelah banyak perkara yang dibincangkan, kesimpulannya tarikh yang dicadangkan untuk pernikahan ialah 27 Disember 2008, tetapi segala perubahan tarikh akan dimaklumkan, insyaAllah. Majlis menyarungkan cincin juga selamat dilaksanakan di dalam bilik pihak perempuan, maka di situ sekuntum bunga telah disunting dan insyaAllah selepas ini bersedia untuk majlis pernikahan ;) Semua aktiviti telah berjalan dengan lancar dan majlis pertunangan itu berakhir pada pukul 4 petang diakhiri dengan doa serta sedikit juadah kuih-muih.


Rombongan membawa hantaran


Kameraman yang bertugas ;)


Ada gementar? ;)


Sebuk menikmati juadah ;)


Me wif my lil bro, Ayyum ;)


Sesi perbincangan bermula ;)


Bersama tunang perempuan ;)


Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar dan kesemuanya gembira, kedua-dua pihak telah berpuas hati dan bersetuju dengan segala perkara. Kami bertolak pulang dari rumah pihak perempuan pada pukul 4.30 petang. Kami tidur di sepanjang perjalanan coz kepenatan, kecuali drivernye tak tidur la, len plaks jadinya,uhuuu.. Kami semua singgah rumah Mak Lang
di Ipoh untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan pulang ke rumah masing-masing. Kami bertolak pulang pada pukul 9 malam dan alhamdulillah selamat tiba di Kota Warisan pada pukul 11.30 malam.

Semoga ikatan yang telah dibina dapat diteruskan dan insyaAllah berkekalan sehingga ke akhir hayat, insyaAllah ;) and to abang Jiji, congratz kayh!! ;) Maka inilah salah satu aktivitiku semasa cuhti semester neyh, persoalan kepada anda semua sebelum aku menghabiskan coretanku ini,

bila pulak aku nak bertunang eks??

jawapannya..

tunggu... hekhek.. ;D

sekian sahaja laporan dari saya,salamz alaik.. ;)
 

6 comments so far.

  1. walkoutinsilence June 15, 2008 at 10:24 AM
    ehem tggu giliran je la ye pasni ;p
  2. KhALiF MuJaHiD June 15, 2008 at 12:04 PM
    hahaha.. perjalanan maseh panjang.. ;)
  3. husayn abd razak June 16, 2008 at 2:47 AM
    ko ble nk tunang haa..
    cpt2 la sket eh..
    smblm ak amek dia.. kahkah
  4. KhALiF MuJaHiD June 16, 2008 at 9:55 AM
    ko jangan.. kang ad hidung melekat kat kaki,hakhak!!
  5. d o m i n o June 17, 2008 at 11:40 AM
    congratz!!hmm..Tuan Haji Ahmad Shanusi Che Mad mcm muke jin samsudin!!! =|
  6. KhALiF MuJaHiD June 17, 2008 at 12:35 PM
    uhuu~ bese la ad iras2 pelakon tuh.. ngehee~

Something to say?